Proton Melancarkan Inspira Super Premium dan Satria Neo 4AT

Proton Inspira Super Premium 2014.02

Proton Holdings kelihatan agresif dalam melancarkan varian baharu untuk model sedia ada mereka. Baru sahaja memperkenalkan Proton Suprima S Super Premium, pengeluar automotif nasional itu melancarkan pula Proton Inspira Super Premium.

Varian baharu itu adalah versi naik taraf Inspira 2.0P yang dibezakan dengan aksesori R3 seperti kit badan, pelekat sisi dan roda aluminium 18 inci. Inspira Super Premium menjadi lebih eksklusif apabila ditawarkan dengan warna tunggal iaitu putih solid. Pakej seperti itu pernah dilengkapi pada Proton Inspira 1.8M sebelum ini.

Proton Satria Neo 4AT 2014.01

Turut dilancarkan ialah Proton Satria Neo 4AT yang merupakan varian paling baharu selepas Satria Neo CPS MT Standard. Satria Neo 4AT menggunakan enjin CamPro dan menariknya dilengkapi bampar depan dan belakang Satria Neo CPS serta dua kit R3 iaitu roda aluminium 16 inci dan spoiler bumbung. Dari segi keselamatan pula model hatch back popular itu didatangkan dengan dua beg udara, empat brek cakera, ABS dan EBD.

Harga Proton Inspira Super Premium dan Proton Satria Neo 4AT ialah RM102,000 dan RM54,513.50.

Muhammad

Kata Anda//