Proton Melancarkan Hub Logistik di Sijangkang dan Tanjung Malim

Brief and tour of facility

Proton Holding Berhad pada Rabu melalui subsidiarinya, Proton Edar Sdn Bhd [PESB] dan firma logistik, Konsortium Logistik Berhad [Konsortium] melancarkan hub logistik berpusat di Sijangkang dan Tanjung Malim.

Pelancaran hab itu yang dikenali sebagai Centre for Logistics, Allocation, Storage dan Services [CLASS] dapat menjadikan penghantaran kenderaan lebih efisyen dan dalam keadaan terbaik untuk pasaran domestik dan eksport.

Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Penasihat Proton diberi penghormatan untuk melancarkan hab itu di Sijangkang, Kuala Langat.

Document Exchange

CLASS Sijangkang dan Tanjung Malim adalah hub berkomputer sepenuhnya dan yang pertama seumpanya dimiliki oleh pengeluar di Malaysia dan kini memasuki fasa kedua selepas beroperasi untuk pasaran domestik selama lebih dari setahun. Operasi kedua-dua hab itu mula digunakan pada 4 April 2011 untuk unit eksport dan ini bermakna kesemua kenderaan diperiksa secara terperinci bagi memastikan pengedar antarabangsa menerima unit mereka dalam keadaan baik.

PESB, sejak 1 April 2011 menswastakan pengurusan penghantaran kepada KLB bagi menambah baik pengurusan rantaian bekalan. Dengan beroperasinya kedua-dua hab, kenderaan dari kilang Shah Alam dihantar ke Sijangkang untuk simpanan dan pemeriksaan pra penghantaran dan dihantar menggunakan trailer kepada pengedar dan seterusnya diserahkan kepada pelanggan. Kenderaan yang dibina di kilang Tanjung Malim juga turut melalui proses yang sama. Perkhidmatan lain yang disediakan di hab ialah perancangan logistik, penyimpanan kenderaan, penyelenggaraan stok, pencucian dan pengisian minyak.

L-R Zulkifli Sarkam, CheAzizuddin Che Ismail, Dato' Sri Mohd Nadzmi, Hj.Ismett Azyze, Dato' SriSyed Zainal Abidin, Mohamad Shukor Ibrahim, Nor Din Abdullah

Hab Sijangkang adalah seluas 50 ekar yang mula beroperasi pada 1 April 2010 boleh memuatkan 7,000 kereta pada satu masa manakala hab Tanjung Malim seluas 45 ekar yang mula beroperasi pada Jun 2010 boleh memuatkan 6,000 kereta pada satu masa.

“Kedua-dua hab akan membantu kami dalam penyeragaman proses pra penghantaran kesemua kenderaan dan ini adalah suatu yang signifikan bagi memastikan kenderaan dapat dihantar dengan cepat kepada pelanggan domestik. Proses CLASS dapat membantu kami mengurangkan pelbagai masalah antaranya pengendalian berganda sebanyak 40%, tempoh menunggu maksimum kepada 3 hari, kecacatan sekunder dan inventori berlebihan semasa susunan,” kata Pengarah Urusan Proton Holdings, Dato’ Seri Syed Zainal Abidin.

Muhammad

4 Comments

  1. memang terbaik. tetapi kenapa cps aku central lock masih xok?
    juga karat dicelah cermin belakangku?

  2. dorg lebih titikberatkan kete untuk eksport je…domestik camtu la sampai tua….

  3. proton kena gune material ada kualiti. . Persona aku bru 3 bulan bonet dpn terangkt patah dlm dlm sc kate tp claim waranty x dpt. . bonet blkg beralun mcm lukisan air laut daa. . wak2 amik keta elok. . msalah timbul ble stat enjin panas. .

Kata Anda//