Proton Lekir: Lotus Europa

Proton Lekir.04

Pernah dengar Proton Sepang? Kereta sport yang pernah dirancang untuk dikeluarkan oleh Proton. Walau bagaimanapun projek ini tidak menjadi dan baru-baru ini Proton Lekir yang diambil daripada Lotus Europa ditayangkan di KLIMS. Dari situ kita boleh andaikan yang projek Proton Sepang dahulu adalah Lotus Europa. Bila ditanya oleh pemberita model manakah yang menjadi kegemaran Dato’ Syed Zainal jawapan beliau ialah Lekir selepas Proton Tuah. Menarik. Tambah DSZ lagi, Proton perlukan produk yang menarik bila mana persepsi awam mengenai barisan kereta Proton adalah biasa-biasa saja. Selepas KLIMS di buka kepada orang ramai, DSZ memaklumkan kepada wartawan yang kemungkinan Lekir akan diproduksikan.

Proton Lekir.07

Selang beberapa minggu, Pengarah Perancangan Korporat Proton, Dr Badrulhisham Mohd Ghazali mengesahkan kepada pemberita di Kota Baharu yang Proton akan menghasilkan sebuah kereta sport ala Lotus dan akan dikeluarkan dalam masa dua tahun. Ini bermakna kereta sport Proton kelak bukan setakat tukar lambang Lotus kepada Proton sahaja dan tempoh dua tahun sebenarnya sudah cukup untuk membina sebuah kereta baru. Selamat untuk dikatakan yang Proton baru ini akan mempunyai DNA dan identitinya yang tersendiri.

Proton Lekir.01

Untuk rekod, Lotus Europa dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo dengan output 200ps dan 272Nm tork. Memandangkan Proton mempunyai CFE kemungkinan besar enjin Campro tersebut akan dimuatkan ke dalam ruang enjin kereta ini nanti. Akhirnya Lotus versi Proton akan dikeluarkan, seperti yang diminta ramai.

-Mak Uia-

Muhammad

22 Comments

  1. Keta sport, mana ada yg murah. Wira convert aku gak yg best sebab setakat ni, tu je keta sport yg aku ada.

  2. kalu x silap, prototype model ni sudah di uji sekitar 2006-2007. lps tu senyap. x lama kendian diorang jln projek BLM….

  3. Design Lotus ni rasa2 susah rakyat malaysia nak terima.lain dari yg lain & pelik.pendek kata pilihan terakhir golongan berduit yg tak kisah sgt harga kereta.klu tak mesti bilangan Lotus Exige/Elise sama byk dgn kereta sport jepun kat malaysia

  4. haa..da mintak 2 pasni bli la..jgn mintk je proton kuarkn kete sport..blinye idak..
    kete nk sport,enjin nk turbo,design nk cun,hrge nk murah..bikin sndiri yop..

  5. dari segi apa yang aku pikir keta memang meletup punya tapi harga pun kena ikut harga yang berpatutan

  6. wa pun stuju ngn cb400vtec…da wat tanak beli memang nak kne sepak..cam neo…mintak kete hatchback 2pintu tp las2 tak ramai yang beli…

  7. orang Malysia, mntak macam-macam,macam nak beli..last-last kete ni jadi projek yg gagal je nanti..tpi tak try,tak tau gak kan..

  8. smrt lah keta 2 gud2..like2…cm 2 lah bru org yg beduit nk beli…pas 2 buat texsi amacam wokey

  9. bilo nak kuar nie.. den tak sabo dah nak boli keto hang lekir…hang nk join naik keto ceq pown boleh……………………………………………………………………………………………………………….blah……

Kata Anda//