Proton Lancar SUV X70, Harga Dari RM99.8K – RM123.8K

PROTON secara rasmi telah melancarkan Proton X70 pada majlis gilang-gemilang yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Proton X70 adalah model pertama yang dihasilkan bersama oleh PROTON dan Geely serta merupakan SUV premium pertama dikeluarkan oleh sebuah jenama automotif Malaysia.

Model ini juga telah membawa PROTON ke segmen pasaran baharu dan bertindak sebagai pemangkin untuk memberi nafas baharu kepada jenama.

Bukan sekadar ‘tukar lencana’

Untuk menghasilkan Proton X70, PROTON dan Geely bekerjasama dalam pelbagai peringkat.

Ianya termasuklah dari pengaturan kerja antara kakitangan di China dan Malaysia, membuat ujian dalam iklim panas dan lembap di Malaysia sehinggalah kolaborasi antara pembekal tempatan dan antarabangsa dengan tujuan untuk memastikan penghasilan produk yang sesuai dengan keperluan pembeli kereta di Malaysia dan ASEAN.

Penambahbaikan khidmat lepas jualan dan pusat 3S dan 4S baharu

Pada masa yang sama, pelaburan penting dalam rangkaian PROTON juga dilakukan bagi menyambut kedatangan Proton X70.

Aktiviti-aktiviti latihan dan kursus untuk kakitangan jualan dan servis serta pelancaran Pertandingan Servis Selepas Jualan PROTON (PASSC) telah menjadi sebahagian daripada usaha untuk memastikan setiap pekerja mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai model ini.

Syarikat juga telah memulakan pelan pengembangan rangkaian dengan mempelawa pelabur-pelabur baharu membuka cawangan PROTON dan menawarkan insentif yang memberangsangkan kepada pengedar sedia ada bagi menambahbaik kemudahan mereka kepada pusat 3S dan 4S.

Sehingga kini, sebanyak 115 pelan penambahbaikan cawangan telah diluluskan, dengan sebanyak 71 cawangan berjaya dilancarkan pada tahun ini.

Pakej istimewa dan satu harga untuk semua rakyat Malaysia

Untuk meningkatkan pengalaman pemilikan Proton X70, pakej nilai tambahan istimewa telah diumumkan pada majlis pelancaran ini.

Dinamakan sebagai pakej Xtra, pakej ini melibatkan empat perkara yang berbeza.

Pakej Servis Xtra menawarkan alat ganti dan kos pekerja secara percuma untuk servis yang pertama serta kos pekerja percuma untuk lima kali servis berjadual bagi 100,000km atau lima tahun.

Selain itu, terdapat juga Pakej Pembiayaan Rendah Xtra, yang menawarkan kadar faedah rendah bermula dari 2.34% p.a. untuk pembeli yang berkelayakan.

PROTON akan menjadi jenama automotif kebangsaan pertama menawarkan jaminan perbatuan tanpa had di mana Pakej Perlindungan Waranti Xtra akan melindungi Proton X70 selama lima tahun tanpa mengira jarak perbatuan.

Akhir sekali, untuk memastikan pemilik menikmati pengalaman sambungan premium, Pakej Data Xtra menawarkan data internet percuma selama lima tahun (dihadkan pada 1GB sebulan).

Berikut ialah harga Proton X70:

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.