Proton Lancar Hatchback Sporty Suprima S

Proton Suprima S 2013.01

Proton Holdings Berhad pada Sabtu lepas telah melancarkan hatchback sporty iaitu Suprima S. Model itu didatangkan dengan dua varian iaitu Executive yang berharga RM76,338.00 manakala varian Premium pula berharga RM79,638.00 di atas jalan. Proton Suprima S juga didatangkan dengan program 5 Star Proton di mana pemilik akan menikmati 5 tahun waranti atau 150,000 km (yang mana dahulu), 5 tahun bantuan percuma kerosakan di jalanan dan 5 bintang rating ANCAP (Australasian New Car Assesment Program)

Proton Suprima S 2013.06

Buat mereka yang tertanya, nama Suprima S berasal daripada perkataan “supreme” yang melambangkan kehebatan di dalam kejuruteraan, keselamatan dan prestasi yang terdapat pada hatchback baharu itu. Direkabentuk untuk memenuhi gaya hidup moden, Proton Suprima S ialah sebuah kereta dengan bentuk yang dinamik dan sporty selain daripada interior yang premium dan prestasi enjin yang memberangsangkan. Ianya adalah sebuah model Proton paling lengkap setakat ini dengan ciri-ciri yang tiada pada model Proton sebelum ini seperti sistem multimedia dengan sistem operasi Android, enam beg udara, Hill-Hold Assist dan lampu bantuan belakang LED.

Proton Suprima S 2013.03

Proton Suprima S dikuasakan oleh enjin 1.6 CFE dengan transmisi ProTronic CVT 7 kelajuan. Kuasanya bersamaan dengan enjin 2.0 liter standard iaitu 140 PS pada 5,000 rpm dengan tork maksmimum 205Nm dari 2000 hingga 4000 rpm.

Untuk sistem keselamatan pula, Suprima S mempunyai enam big udara, ABS, ESC dengan Traction Control. Varian premium ditambah dengan Park Assist yang terdiri daripada kamera undur serta sensor depan dan belakang. Terdapat lima warna yang ditawarkan iaitu Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan warna baharu iaitu Atlantic Blue. Proton Suprima S juga mempunyai sedikit perbezaan pada wajah hadapan berbanding Proton Preve iaitu dengan gril baharu yang berbentuk heksagon atau sarang lebah. Proton Suprim S menggunakan roda aluminium bersaiz 16 inci untuk varian Executive dan 17 inci untuk varian Premium.

Suprima S sudah berada di bilik pameran dan mereka yang berminat boleh memandu uji bagi mengadili produk terkini Proton itu.

Proton Suprima S 2013.05

Muhammad

4 Comments

  1. supo rima(loghat kelate)…kui kui kui..seperti biasa..harganya untuk kemajuan kerajaan..

  2. i have done test drive for this model….this model is all better than preve….handling more sharp than preve and the power of engine is more power full i can fell it the force induction of the engine at RPM 2000 to 4000 is easy to reach 140km/h….but tyre brand achiles is very noise maybe it size of tyre 215/45 17 inch rim….all part so far very good
    ….head player dye memang pakai android tapi sensitive touch dye kurang maybe sebab screen protector kot…..blaupunk yang manufacture player nie….sound sistem adjustment memang mesra penguna…..bunyi pun memang memuaskan….apa pun terbaik

Kata Anda//