Proton Juara APRC New Zealand 2011

Proton Satria Neo S2000 APRC New Zealand 2011.04

Proton Satria Neo S2000 sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila buat kali ketiga menjuarai Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] dan memenangi Piala Pasifik yang disempurnakan oleh Chris Atkinson di Rali Antarabangsa Whangarei, New Zealand. Dengan tiga kemenangan di dalam APRC menjadikan Proton berada di ranking teratas kategori pengeluar dan pemandu di dalam kejohanan yang berbaki dua pusingan.

Seorang lagi pemandu, Alister McRae menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh keseluruhan rali tetapi tempat kedua APRC seterusnya memberi kemenangan 1-2 untuk Proton. Beliau berada di tempat ketiga keseluruhan sepanjang perlumbaan tetapi terbabas pada SS15 seterusnya tercicir di tempat ketujuh.

Selain Atko dan Ali, Proton turut menjuarai kategori 2WD dengan Karamjit Singh dan Akira Bamba dengan kereta Proton Satria Neo Cusco. Karam dan Akira menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima di dalam APRC, 18 dan 19 di rali Whangarei. Sebuah lagi Proton Satria Neo 1600cc yang dipandu oleh Sanjay Ram dari India pula di tempat ke-21.

Perlumbaan di New Zealand ternyata mencabar apabila pemandu ternama seperti Katsuhiko Taguchi, Gaurav Gill dan Rifat Sungkar yang kesemua mereka memandu Mitsubishi Lancer Evolution X gagal untuk menamatkan perlumbaan.

Muhammad

8 Comments

  1. Gua firssstttttttttttttttttttt! Kah kah kah kah. Sedap betul gua gelak. Duniawi duniawi

Kata Anda//