Proton Inspira: Dari RM79 Ribu Jo!

Proton Inspira.05

Kereta yang hangat ditunggu-tunggu kini secara rasminya telah dilancarkan semalam. Tidak kiralah perdebatan bagaimana hangat sekali pun tetapi yang bijak mendapatkannya – The Smart Guys Gets It. Tidak bijak bagaimana lagi, harganya memang murah betul, kereta import yang dijenamakan semula dan ditambahbaik untuk pasaran lokal. Jurutera kanan Mitsubishi pun setuju yang Inspira berbeza dari Lancer mereka. Bukan senang warga Jepun hendak membuat pengakuan begitu.

Proton Inspira.08

Sejak dilancarkan secara tidak rasmi pada 14 Oktober lepas, Inspira menerima sambutan menggalakkan dengan 1,800 tempahan diterima. Inspira adalah strategi produk Proton untuk model bukan teras dengan berkolaborasi dengan pembuat lain bagi menjimatkan kos dan masa. Proton akan terus mengeluarkan kereta dengan desain serta kepakaran sendiri dan sekarang ini sedang membina beberapa model. Model rupa baru akan dikeluarkan hujung tahun ini dan beberapa model lagi tahun depan serta model baru sepenuhnya pada tahun 2012.

Proton Inspira.10

Proton Inspira ditawarkan dalam versi 1.8 Mivec transmisi CVT dan manual serta 2.0 Mivec CVT. Transmisi CVT didatangkan dengan INVECS-III iaitu sistem termaju yang secara automatiknya memilih nisbah gear paling optimal berdasarkan keadaan jalan dan corak pemanduan mengikut tabiat individu.

Yuran tempahan minimum hanya RM1,000 dan pelanggan awal sebelum 15 November akan menikmati pakej servis percuma bernilai lebih dari RM1,658

Berikut adalah harga Proton Inspira:

1.8 Manual : RM78,999.00

1.8 CVT: RM84,999.00

2.0 CVT: RM91,999.00

Sumber: Proton

-Mak Uia-

Muhammad

26 Comments

  1. aku nk inspira kaler putih…….lawa beb, nk plak klu dpt masuk rim 17 kaler gun metal atau flat black….masuk plak spoiler halus dgn bodykit ala2 evo sket…..cukupler pd aku dpt yg cmtu….tp soklannye…mampukah aku memilikinya????

  2. em..wanita ayu mcm i pun sesuai dgn keta ni
    best kalau ada colour pink..2.0P cvt idaman kalbu

  3. confirm lepas ni pendita_gila sibuk buat operasi malam-malam..carik Inspira convert Lancer..kehkehkeh

  4. tahniah proton!! tp tetap cemburu sb inpira ada lotus ride handleing lancer xda..

  5. langkah yg bijak pihak proton..well done..
    Masalahnye..dpt kah aku mmilikinyee…aku impikn kale putih…parts mitsu pn bole msuk ni..bole convert jd evoX…aku nk letgo wira,ambk inspira….

  6. gua bengang tol ngan org yg ktuk proton..
    ckp bli umah lg bgus dr bli keta proton..
    mmg la plaburn prlukan prancngan..
    tp klu cmtu lu org tkyah la mkn sedap2.. mkn dedak suda.. sebab pe, nanti klua jd najis gak.. huh!

  7. tengok dari depan cam lancer gt.tengok dari belakang cam lancer fortis.macam mane proton kacuk kedua2 model ni?ke proton beli halfcut depan lancer gt and halfcut belakang lancer fortis.pastu sambung kn kedua2 nya.maka dgn ini terhasillah sebuah ‘Proton Inspira’…..ini gua punye komen la…

  8. amik wrna putih, pas 2 bubuh stiker carbon kat beberapa part inspira ni.. tukau rim 17 / 18… wahahahaha cun siot…

    anyway taniah PROTON..

    MAT!!!!
    we need more pic Inspira!!!!

  9. patut keto malaysia , buatan malaysia kenolah muroh,bukannya ramai rakyat malaysia yg mampu…kata sokong buatan malaysia baek aku anggkat honda ka toyota ka dah tentu ori jepun harga pun lebih kurang jer

  10. gua nak tanya, inspira ni boleh masuk sistem AWD evo 10 tak? (masuk plug n play tak main la potong2 lantai). kalau boleh, CONFIRMM tahun depan gua angkat inspira.

  11. alllooooo….
    mananya yg nk d banggakan?? kata dulu nk buat 100% malaysian made… tang rega tu x tahan tu… stakat kurang 10k apa yg nk diherankan… bukan nk ego tp price tu biarlaaa berpatutan…

  12. aku bangga dengan proton… walapon ade yg komplen kata tak melayu.. tapi aku bangga sebab ramai melayu beli inspira ni ekekeke..

  13. aku amat berharap agar harganya akan senasib waja n gen2,scond arround 30k dlm masa 2thn je,takdir proton kat top mark n used car,kerana harga tu la yg kebanyakan rakyat msia mampu utk berkereta,kalau harap golongan yg mengamalkan korupsi,memang la xde hal,marilah kita sama2 doakannya,agar kita dpt menikmati nikmat berkereta,sampai bila nak jd mangsa kapitalis,x dpt yg baru pun yg scond dah cukup bersyukur

Kata Anda//