Proton Exora Hibrid Menang Anugerah di UK!

Proton Exora Hibrid.03

Pada Sabtu lepas tiada angin dan ribut tiba-tiba sahaja kita dikhabarkan Proton memenangi anugerah perlumbaan rali kereta masa hadapan dari Brighton ke London. Sekutu yang tonton Buletin Utama mungkin ada perasan mengenai kemenangan ini.

Secara spesifiknya Proton Exora Extended Range EV memenangi anugerah “the best range extended electric vehicle” yang mana telah meningkatkan moral dan semangat pasukan pembina kereta mesra alam tempatan ini.

Proton Exora Hibrid.01

Selain daripada Exora, Proton turut menghantar Saga Elektrik dalam pertandingan yang disertai oleh 64 buah kereta lain bagi menentukan kereta dengan penggunaan tenaga seminimum mungkin.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Tahir yang turut hadir sangat gembira dengan keputusan ini.

“Kemenangan ini memang tidak dijangka dan ianya membuktikan teknologi kami ini boleh bersaing dengan yang lain. Ianya momen yang membanggakan.” kata beliau.

Proton Exora Hibrid.04

Syed Zainal juga mengatakan rali ini adalah platform baik bukan sahaja untuk memperkenalkan teknologi Proton tetapi penjenamaan Proton di UK.

“Apa yang penting bagi kami sekarang ini ialah memastikan Exora hibrid boleh dikeluarkan secara besar-besaran. Kemenangan ini memberikan motivasi kepada kami,” tambah beliau.

Proton dan kerajaan sedang berbincang mengenai produksi kereta hibrid dan elektrik dengan tujuan untuk mengurangkan pengeluaran gas tercemar dan penggunaan minyak. Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir mengkhabarkan sebelum ini kereta hibrid Proton kemungkinan berharga di bawah RM 100 ribu.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • Sekeru longgaq on 10/11/2010 at 8:33 AM
    • Reply

    terbaik jo..

    • belalang_kontot on 10/11/2010 at 8:55 AM
    • Reply

    tahniah proton!camni la yg kite nak…harap kalo jadi kua harga lagi murah dari civic hybrid…amin…

    • apis on 10/11/2010 at 9:17 AM
    • Reply

    amin….

    • 5ruz on 10/11/2010 at 1:28 PM
    • Reply

    Exora Hibrid Turbo hihihi

  1. wow!

    • WajaR3 on 10/11/2010 at 2:43 PM
    • Reply

    ni baru dikatakan maju..hebat..superb…TQ kpd pengutuk2 Proton..

    • Basikal buruk on 10/11/2010 at 5:07 PM
    • Reply

    Diam2 ubi berisi….kalau bising mcm tin kosong tak guna bro….

    • keretamahal on 10/11/2010 at 7:24 PM
    • Reply

    tahniah2!!

    • Made on 10/11/2010 at 8:37 PM
    • Reply

    Saga tu menang ke tak?

    • tar_gelap on 10/11/2010 at 11:19 PM
    • Reply

    bwh 1ook ye? aku nak tempah 20…..

    • din on 23/12/2010 at 11:05 PM
    • Reply

    baguslah proton… ada kereta EV, yang hebatnya saga blm ada cas tenaga solar….HEBAT……

Leave a Reply to Basikal burukCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.