Proton Buka Pusat Pameran Platinum Baharu di Jalan Ampang

AMPANG, 21 April 2012 – Bilik Pameran Proton Platinum di Jalan Ampang dirasmikan hari ini dan lebih menarik, beberapa hari selepas model global terbaharu, Prevé diperkenalkan. Bilik pameran itu dirasmikan oleh Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Proton Group.

Pembukaan bilik pameran berwajah baharu itu juga adalah sebahagian daripada agenda ‘Komited Untuk Menjadi Lebih Baik” Proton terutama sekali di dalam memberi pengalaman outlet jualan dan servis terbaik untuk pelanggan

Dengan keluasan 619 meter persegi, bilik pameran baharu itu mempunyai ruang pameran untuk enam buah kereta serta dua ruang penyerahan berbumbung. Rekaan pusat itu menggunakan banyak binaan kaca, bilik istirehat pelanggan yang luas, bilik perbincangan dan kemudahan lain seperti pantri, bilik air dan paling sekali SURAU.

“Dengan pelancaran Prevé, kami mahu membuat kenyataan yang jelas. Ianya bukan sahaja mengenai pelancaran kereta generasi baharu Proton, tapi paling sekali mewakili budaya bisnes baharu, bermula daripada pendekatan baharu dan inovatif daripada peringkat operasi hinggalah bagaimana kami berinteraksi dengan pelanggan. Kami telah membuat komitmen untuk menjadi lebih baik dan ini merangkumi kesemua perkara,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal.

Di majlis yang sama, Proton turut menyerahkan kunci kepada lima pembeli awal Prevé iaitu Feroza Ghulam Sarwar, Ng Chee Thong, Ahamad Shahril Zainuddin dan Zainal Abidin Sulaiman yang mana ke semua mereka memilih model Prevé CVT Premium, manakala Nurhafizah Hamrun pula memilih model Prevé CVT Executive.

Proton Prevé ditawarkan dengan tiga varian iaitu Premium dengan enjin 1.6 CFE dan 7 kelajuan ProTronic CVT dan dua varian Executive dengan 6 kelajuan CVT dan 5 kelajuan manual. Kedua-dua varian itu menggunakan enjin CamPro IAFM+. Harga Prevé bermula dari RM62,990 hingga RM72,990.

Muhammad

3 Comments

  1. Gua rasa versi manual lama kelamaan akan pupus jugak la cm punk.
    Permintaan skrg lebih kepada transmisi auto berpaddle pop la de.
    Opsss, sorry… Paddle shift…
    Gua rasa ramai pembeli baru yg ada masalah nak telan clutch.
    Mcm ni xde feel resing la jo…

  2. Pada gua dari upgrade showroom ke platinum apa kata ugrade salesman dan service centre tu taraf diamond? Tgk professionalism 3s toyota and honda. Tgk proton n perodua. Adeih.

Kata Anda//