Proton Bersedia Untuk Bersaing Di Dalam Rali Lokal

Proton Satria Neo S2000 APRC Malaysia 2011.01

Tiada yang lebih manis apabila meraih kemenangan di tanah air dan Proton berazam untuk mencatat keputusan cemerlang di dalam Rali Malaysia yang bermula hari ini.

Berbekalkan kuasa yang dipertingkatkan dan set suspensi baharu, Alister McRae dan Chris Atkinson akan menggalas tugas memandu dua buah Proton Satria Neo S2000 di Johor sepanjang minggu ini yang juga pusingan pembukaan Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] 2011.

Hari pertama perlumbaan dimulakan dengan pusingan singkat dengan jarak 2.5km di litar bersebelahan Plaza Angsana, Tampoi, Johor Bahru.

“Kami mendahuli rali ini tahun lepas dan saya fikir kami mempunyai harapan untuk menang di Malaysia dan keseluruhan kejuaraan…Saya tidak sabar untuk memulakan cabaran,” kata Alister.

Pada Rali Malaysia 2010, pasukan Proton mendahului perlumbaan hinggalah radiator Neo yang dipandu Alister mengalami kerosakan manakala Neo yang dipandu Atkinson pula mengalami masalah elektrikal. Dengan defisit 18 minit Atkinson bermula dari belakang dan akhirnya berjaya mencatat tempat ke empat.

Rali Malaysia 2011 mempunyai 38 penyertaan dari pelbagai negara dengan 11 kereta bersaing di dalam APRC.

Hari kedua rali mempunyai 7 peringkat perlumbaan dengan baki 7 pusingan terakhir pada hari ketiga.

-Mak/d Uia-

ps: Skru GT akan ke JB!

Muhammad

2 Comments

Kata Anda//