Proton: Beli Renault F1 & Kerjasama Strategik?

Logo Proton

Terdapat khabar-khabar menarik mengenai Proton sepanjang minggu ini antaranya:

1. Pembelian Saham Renault F1

Dengar kata perjanjian pembelian akan dimuktamadkan sedikit masa lagi. Proton akan membeli saham dalam pasukan F1 Renault dan akan pam duit sebanyak RM100 juta setahun untuk tempoh lima tahun. Bukan untuk Proton tetapi Lotus dengan nama baru pasukan akan dikenali sebagai Lotus-Renault. Pembelian ini adalah sebahagian daripada program penjenamaan semula dan pemasaran Lotus, seperti Ferrari mereka tidak mengiklankan kereta secara langsung dalam media, cukup dengan berlumba dalam Formula Satu. Lotus adalah cabang perniagaan kereta sport Proton dengan rancangan untuk meningkatkan jualan daripada dua ribu unit kepada sepuluh ribu unit setahun. Hanya dua cara untuk mengurus Lotus sama ada jual atau majukan. Kalau pilih maju maknanya kena keluar modal besar.

2. Kerjasama Strategik Proton-Renault/Nissan

Petronas tidak menaja pasukan Formula Satu begitu sahaja bahkan melalui kerjasama tersebut menghasilkan lebih banyak peluang bisnes. Untuk itu Proton tidak setakat menjalinkan kerjasama Formula Satu tetapi juga dikhabarkan akan melakukan perkongsian platform dengan Renault/Nissan untuk model Emas. Model ini dijangka dikeluarkan pada tahun 2012.

3. Model Gantian Perdana

Saya diberitahu tentang projek ini lama dahulu dan hampir tidak percaya, kini ianya timbul lagi. Proton akan mengambil model Nissan sebagai gantian Perdana untuk kegunaan kerajaan. Tidak seperti Inspira, model ini tiada dalam pasaran domestik. Walau bagaimanapun berita ini hanyalah cakap-cakap industri sahaja dan tiada lagi pengesahan dari Proton.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

14 comments

Skip to comment form

    • belalang tempur on 19/11/2010 at 12:15 PM
    • Reply

    Kalo mcm nh nk jd menteri…pakai nisan skyline wooo

    • pendita_gila on 19/11/2010 at 12:54 PM
    • Reply

    secara otomatik harga kete naik lagi

    • myvisebu on 19/11/2010 at 3:07 PM
    • Reply

    nape lak rege keta naik plak?

    • belalang_kontot on 19/11/2010 at 5:11 PM
    • Reply

    baii…bagi komen sikit….

    • chor on 19/11/2010 at 7:20 PM
    • Reply

    suka dgn cara penulisan bro “cakap-cakap industri sahaja”…hmmmm

  1. pasni mula lah orang bsing plak,kate kite dah takde idea, tiru Nissan plak..Baii kena explain blik plak nnti..huhu

    • smut_liar on 19/11/2010 at 9:34 PM
    • Reply

    doakan gua supaya jd bos lepas ni..
    br leh merasa naik keta import..

    • azwan nbs on 20/11/2010 at 1:35 AM
    • Reply

    mule la nanti barang potong nissan naik harge…..

    • gt-apex on 20/11/2010 at 2:34 AM
    • Reply

    bile agaknya proton boleh pakai body nissan skyline buat kete sport ….evo ade dah….

    • jelapangPadi on 20/11/2010 at 8:52 AM
    • Reply

    proton nk kena pam modal rm100 juta setahun???…terlalu bazirkan duit untuk sukan F1…

    • Joule on 20/11/2010 at 4:51 PM
    • Reply

    Rasanya 100 juta tu bukan bazir..
    Sedap sikit bunyinya ialah pelaburan..
    Tapi yang xtau lagi samada untung atau telungkup terus..

  2. 100juta setahun untuk iklan, bundle skali dengan dapat race F1 Ok ape tu.

    “seperti Ferrari mereka tidak mengiklankan kereta secara langsung dalam media, cukup dengan berlumba dalam Formula Satu”

    • jeremy on 20/11/2010 at 10:53 PM
    • Reply

    Tony Fernandes team will not using ‘Lotus’ name anymore possible new name maybe ‘Proton 1Malaysia’ in 2011 season.Is current sponsor still want to be with Tony team in 2011 season if they don’t use Lotus name.Baii please explain….

  3. EXORA VS AVANZA!!!
    http://prodas.wordpress.com/2010/11/22/exora-vs-avanza/

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.