Jul 05

Proton Bakal Perkenalkan Teknologi CVT Pada Kenderaannya

Proton Exora CFE CVT.01

SUBANG JAYA, 4 JULAI 2011 – Proton Holding Berhad hari ini mengumumkan yang mereka bakal memperkenalkan teknologi Continuous Variable Transmission [CVT] untuk model-model akan datang.

Teknologi CVT semakin popular di kalangan pengeluar kereta dunia memandangkan ianya menawarkan pemanduan yang lebih lancar serta lebih efisyen. Teknologi ini walaupun telah lama diperkenalkan tetapi hanya baru-baru ini sahaja digunakan secara besar-besaran setelah dilakukan penambah baikan untuk menanggung beban yang lebih berat berbanding versi lama.

“Pada masa hadapan, CVT akan dipadankan pada enjin CamPro sebagai opsyen kepada transmisi empat kelajuan automatik konvensional,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Syed Abidin. Ciri ini bukan sahaja akan menjadikan pemanduan lebih lancar bahkan lebih cekap bahan api dan penjimatan kepada pengguna,” tambah beliau.

Sebagai perbandingan kepada transmisi automatik konvensional, penggunaan CVT pada sistem enjin akan mengurangkan berat sebanyak 20 peratus tanpa kompromi pada keupayaan output. Penukaran gear CVT lebih lancar dengan menghilangkan gegaran tukaran gear, lebih respon dan lancar serta penghantaran kuasa yang lebih konsisten. CVT turut menawarkan pelbagai mode pemanduan mengikut pilihan dan citarasa pemandu.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal mendakwa ujian Proton mendapati bahawa penggunaan CVT mampu mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 4% untuk pemanduan di dalam bandar dan hampir 10% untuk pemanduan lebuh raya.

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • B13 VVL on July 5, 2011 at 8:06 am
    • Reply

    CVT ni nissan punyer teknologi dulu mase zaman nissan pimera SR20 VVL NEO. Terbaek jo vetc killer. tp nape proton buat 4 kelajuan je. x leh blah

    • jabroni on July 5, 2011 at 8:58 am
    • Reply

    go on…

    • Alteja on July 5, 2011 at 8:59 am
    • Reply

    Perkembangan yang baeek.

  1. pada pendapat gua.. protonsepatutnya start research on DSG .. teknologi berkembang cepat tapi pergi pun macam kilat.. jgnlaa by the time abis kajian sibuk nak pakai org lain dah upgrade pelancar roket kat kereta (contoh laa)

  2. ah..melampau betul metafora sepat ni

    • Alteja on July 5, 2011 at 5:38 pm
    • Reply

    Betul tu Sepat… tapi, modal R&D kena diperbanyakkan oleh Proton la nak merealisasikan metafora indah C27

    • yuri on July 5, 2011 at 7:21 pm
    • Reply

    CVT akan bermule dgn BLMF/L2 by end of July – (CVT2)
    ramaila yg bergaye di hari raya tahun ini
    saye tetap setia dgn AMT saye
    hehe

  3. Masalahnya sekarang ni CVT gua rasa nak sebut pun catchy. Contohnya lu makan mana? Gua makan warung CVT. Bunyi pun high class.

  4. lu suka makan gearbox ke Matpon kehkehkeh

    • pembaca setiap bulan on July 7, 2011 at 3:48 am
    • Reply

    memang best proton guna CVT….. tp law guna 5 kelajuan lagi bagus…

    • TanpaNama on July 25, 2011 at 10:10 pm
    • Reply

    Proton sbnrnya buat cvt auto 6 kelajuan. MAksud kt atas tu plihan lain utk 4 kelajuan sblum ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.