Proton Akan Bersaing dalam IRC dan APRC 2011

Proton Satria Neo S2000 APRC China 2010.14

Bermula tahun hadapan Lotus akan bersaing dalam Formula Satu manakala Proton pula bersaing dalam perlumbaan rali, sukan yang sinonim dengan mereka sejak dahulu lagi. Memulakan kempen di pentas dunia ialah perlumbaan rali Monte Carlo yang juga perlumbaan pembukaan Intercontinental Rally Challenge [IRC] pada 19 hingga 22 Januari depan.

Alister McRae Chris Atkinson.01

Juara dua kali WRC kategori Junior P-G Anderson yang juga bekas pemandu Suzuki dan Ford World Rally Team akan memandu untuk Proton di samping Chris Atkinson. Proton juga turut mengesahkan mereka akan bersaing dalam 10 pusingan IRC serta kesemua pusingan Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC]. Sebagai tambahan kepada Atkinson dan Andersson, Alister McRae akan memandu dalam APRC dan pusingan terpilih IRC.

Lotus bersaing dalam perlumbaan kereta super manakala Proton dalam versi jalanan. Musim 2011 yang sibuk untuk Grup Proton.

-Mak Uia-

ps: Semasa KLIMS baru-baru ini saya tersilap cakap kepada Alister McRae yang beliau akan memandu di Monte Carlo, sori Ali!

Muhammad

4 Comments

  1. long live proton!yeah!!!tapi g wat website dalam bm cepat2…barulah betul2 caya…

  2. saya suka the direction proton is heading…..even on their website dah ade link ubtuk product r3 dan section untuk proton motorsport!!!!!!!!!

Kata Anda//