Promosi Perayaan Proton – Rebat Sehingga RM3 Ribu dan Diskaun Alat Ganti

image

Sempena sambutan perayaan yang akan datang, PROTON Holdings Bhd (“PROTON” atau “Syarikat”) melalui anak syarikatnya, PROTON Edar Sdn Bhd (“PROTON Edar”) mengumumkan promosi Hari Raya dan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma untuk pemilik kereta Proton di semua pusat servis yang sah di seluruh negara.

Promosi perayaan ini termasuk penjimatan-penjimatan menarik bagi setiap pembelian oleh semua pelanggan dan juga pemilik Proton. Pelanggan yang berminat untuk membeli kereta-kereta baharu terutamanya pada musim perayaan ini akan menikmati penjimatan sehingga RM3,000 bagi model-model 2016 yang terpilih.

image

Selain daripada promosi perayaan ini, Syarikat juga menganjurkan kempen pemeriksaan keselamatan percuma sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan kesedaran keselamatan kenderaan untuk pelanggannya. Mengulas mengenai kempen yang telah menjadi kelaziman semasa musim perayaan, Encik Rohime Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar berkata, “Kami telah menjalankan pemeriksaan keselamatan ini selama 3 tahun terturut-turut dan ini adalah kerana PROTON sentiasa mengutamakan keselamatan terutamanya semasa musim-musim perayaan dan percutian.”

“Inisiatif ini juga adalah penting dalam menyokong seruan kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya sempena musim perayaan dan cuti sekolah. Pemeriksaan keselamatan ini merangkumi pemeriksaan sistem brek, suspensi, tayar, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, lampu dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, bahan pendingin dan pencuci bilah. Di samping itu, kami juga menawarkan pelbagai diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih seperti absorber, brek, klac dan tali sawat pemasaan. ” tambah Rohime.

image

Selain daripada diskaun yang ditawarkan bagi alat-alat ganti yang tertentu, PROTON juga akan menawarkan diskaun khas ke atas kos pekerja untuk pelanggan yang menghantar kereta mereka ke pusat servis PROTON. Kempen ini bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2016 di semua cawangan PROTON di seluruh negara.

Bagi warga kota yang tidak berkesempatan untuk menghantar kereta mereka bagi menjalani pemeriksaan, PROTON juga akan berada di beberapa lokasi stesen minyak di seluruh negara seminggu sebelum menjelang Hari Raya agar pelanggan boleh mendapatkan pemeriksaan bagi kereta mereka sewaktu dalam perjalanan ke destinasi.

Lokasi bagi stesen-stesen minyak akan diumumkan kemudian.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.