Prodrive Masuk Tentera!

364669_180510pd_Subaru_WRC

Satu perkara yang saya suka pasal rali ialah teknologinya yang hampir dengan dan boleh digunakan dalam kereta yang kita guna hari-hari. Tidak seperti F1 yang err…err…err…saya pun tak tahu teknologi apa yang digunakan dalam kereta kebanyakan. Dan Prodrive, nama yang tidak asing lagi dengan Subaru dan rali kini semakin ke hadapan, mereka menjadi pembekal teknologi kepada tentera Britain.

364672_180510pd_ATD_Sandy_with_capt

Teknologi yang digunakan ialah Active Torque Dynamics [ATD] yang berfungsi untuk mengagihkan amaun daya kilas [tujahan] kepada setiap roda melalui kawalan komputer. Sistem tersebut mengoptimumkan traction, menambahbaik kestabilan dan pemanduan kenderaan dan menjadikan ianya senang untuk dipandu walaupun oleh pemandu yang kurang pengalaman.

Sistem ini juga mempunyai kelebihan dalam keadaan yang licin sebabnya komputer tersebut yang akan menala kuasa pada tayar mengikut keadaan jalan yang dilalui. Jadinya apa yang pemandu perlu buat ialah kawal saja stereng dan benda-benda lain tu ATD yang akan uruskan dan sebab itulah kita tengok Subaru Impreza laju semacam je walaupun selekoh tajam tak ingat dan kereta laju gila. ATD juga boleh dimuatkan dalam kereta baru dengan kerja-kerja modifikasi minimum dan boleh juga kalau kena cara untuk digunapakai dalam kenderaan yang dah ada differential yang bersesuaian.

Prodrive tak berhenti setakat itu sahaja, untuk makluman sekutu mereka ada lagi beberapa projek untuk tentera Britain. Jadinya saya rasa teknologi F1 mungkin adalah yang terbaik dalam kejuruteraan automotif manakala rali pula ialah teknologi yang praktikal dan relevan untuk kenderaan semasa.

Foto: Newspress/Subaru

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • h369 on 19/05/2010 at 8:10 AM
    • Reply

    R3 taknak deal dgn ATM pulak buat kenderaan perang………….

    • pok mat on 19/05/2010 at 8:26 AM
    • Reply

    nak boh ATD dalam kenari gua buleh ke? he..

    • jelapangPadi on 19/05/2010 at 10:31 AM
    • Reply

    Kagum betul gua bila baca pasal teknologi2 mcm ni di aplikasikan kepada kenderaan…

    • on 19/05/2010 at 12:05 PM
    • Reply

    MYvi gua pun nak pkai ATD ni gak la…bape rege dier bak mai kasi tau skit?

    • pendita_gila on 19/05/2010 at 8:34 PM
    • Reply

    sapa nak jual LSD???

    • azwan nbs on 19/05/2010 at 9:26 PM
    • Reply

    dealer tak de akt sini…?

    • teamsleepnine on 20/05/2010 at 11:19 PM
    • Reply

    saya pun minat rally jugak tapi formula one pun banyak jugak technology transfer ke kendaraan jalan!

    paddle shifter/semi automatic.

    carbonfibre.

    fibreglass.

    among others..

    • teamsleepnine on 20/05/2010 at 11:22 PM
    • Reply

    i might also add…..carbon ceramic disc brakes.

    • teamsleepnine on 20/05/2010 at 11:27 PM
    • Reply

    lagi skit sorry…takde niat nak spam!!

    http://en.wikipedia.org/wiki/John_Barnard

      • on 21/05/2010 at 1:08 AM
      • Reply

      2,3 kucing berlari mana nak sama Veyron sebuah. Yeah.

    • basikal on 21/05/2010 at 8:13 AM
    • Reply

    papa ku pulang dari kota………

Leave a Reply to h369Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.