Porsche Panamera S N.Technology

Porsche Panamera S N.Technology Petronas.02

Bila kali pertama nampak Panamera S ini disiarkan dalam blog auto popular perkara yang membuat saya tertarik ialah logo Petronas dan saya tak pernah tahu pun firma tersebut menaja kereta ini dan saya syak begitu juga dengan peminat auto lain sebab berita mengenainya sepanjang pengetahuan saya tidak pernah tersiar di mana-mana media lokal.

Porsche Panamera S N.Technology Petronas.04

Sebab ingin tahu saya pun buat serba sedikit carian dan iya kereta ini ditaja Petronas dan satu perkara lagi yang menarik ialah Panamera S yang digunakan iaitu kereta empat pintu dan bertanding dalam perlumbaan. Porsche yang terkenal dengan warisan kereta sport pun buat kereta sedan. Walaupun begitu seperti Porsche ‘konvensional’ Panamera S tetap membuktikan ianya kompetitif dengan menjadi juara Superstars Series di litar Mugello pada 25 Julai lepas. Paling menarik kemenangan tersebut adalah pada penampilan sulung dengan kereta yang masih lagi di peringkat pembangunan!

Porsche-Panamera-S-N.Technology-Petronas.030

Panamera S dibangunkan oleh N.Technology dari Itali dengan pengalaman lebih 20 tahun membangunkan kereta lumba. Penala tersebut sudah mengumpul 29 kemenangan trek dan tujuh perlumbaan rali di Eropah. Antara bintang perlumbaan yang pernah memandu kereta mereka ialah Felippe Massa dan Giancarlo Fisichella.

Perlumbaan kedua untuk tim ini ialah di litar Paul Ricard pada 18 hingga 19 September ini. Dua buah kereta N.Technology akan berlumba dan salah satu daripadanya dipandu oleh juara perlumbaan lepas, Fabrizio Giovanardi.

Sumber: N.Technology

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • ala lingkup on 12/09/2010 at 11:09 PM
    • Reply

    dia nya side mirror lain macam

    • azwan nbs on 12/09/2010 at 11:11 PM
    • Reply

    dia punye spoiler pon lain macam…

    • bawang on 14/09/2010 at 12:07 AM
    • Reply

    malaysia ni kalo taja bab2 hiburan ni kompom ada lam media..benda2 cmni payahle nk ada

    • 5ruz on 14/09/2010 at 6:45 PM
    • Reply

    ni kalu anta Satria Neo kat N.Technology bape duit abis agaknye….,

  1. Komen gua ialah no komen sama mcm td keh keh keh gua nk g cr kueh raya, duit raya pun orait juga

    bye bye

    • apai jb on 16/09/2010 at 2:38 PM
    • Reply

    aq nk duit rye…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.