Peugeot 508 RXH

RXH

Sejak akhir-akhir ini tahap kesibukan Skru GT tersangatlah sibuknya. Selaku Skru Gantian , saya pun turut sibuk dengan tugasan harian. Nak harapkan Skru yang seorang lagi itu [Matpon] asyik sibuk melayan Rumah Terbuka sana sini. Jadi, untuk entri Peugeot 508 RXH ini saya buat rumusan sahaja untuk dikongsi bersama.

  1. Model 508 RXH ini merupakan edisi terhad dimana hanya 30 sahaja yang dibawa ke UK berdasarkan siapa cepat dia yang dapat.
  2. Penghibridan diesel-elektrik hybrid dikuasakan oleh enjin diesel 2.0 HDiFAP menghasilkan 163hp pada pemanduan roda hadapan dan 37hp pada motor elektrik gandar belakang.
  3. ZEV – Zero Emission Vehicle untuk penggunaan jalanan yang senyap
  4. Pelepasan emisi CO2 hanya 109g/km.
  5. Antara ciri edisi terhadnya termasuk penggunaan cat Copper Metalik dan juga rim aloi bersaiz 18’.
  6. Steven Gerrad yang mempunyai gaji melebihi £50,000 seminggu boleh membeli secara tunai kerana kereta ini hanya semahal £36,000 sahaja.
  7. Dan kalau Steven Gerrad memang betul berminat nak menempah kereta ini, bulan Mac 2012 nanti baru boleh dapat.

RXH1

Sumber: Newspress

-C27-

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

  1. first ma…
    kaya tol gerard gaji sminggu leh beli peugeot cash..
    kalau wa kaya wa x beli peugeot ni…

    • belalang_kontot on 15/09/2011 at 4:07 PM
    • Reply

    gua kaya cam gerrad gua beli exora reev…hehe

  2. Smut Liar
    Maksud gua, kalau dah gaji sampai banyak tu dah tentu beli kereta hibrid sebagai kereta keempat..bukannya kereta utama. Buat jalan-jalan pusing Pelabuhan Liverpool sana tu

    • Alteja on 19/09/2011 at 9:11 AM
    • Reply

    Alamak… jual UK je pun, terhad pulak tu…
    Tapi, 30 unit tu UK, Malaysia????

    • cb400vtec on 19/09/2011 at 12:40 PM
    • Reply

    Steven gerrad percintaan…huhu..

    • megatputrakuning on 12/10/2011 at 9:44 AM
    • Reply

    apa kat bwk msuk kete ni covert msuk rb26dett….hahahahaha

Leave a Reply to megatputrakuningCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.