PEUGEOT 3008 menang Anugerah Kereta Tahunan (COTY) 2017 di Geneva!

Peugeot 3008 2017

ANUGERAH Kereta Terbaik Tahunan atau Car of the Year (COTY) boleh dikatakan antara acara berprestij kerana mampu menambah keyakinan pengguna terhadap model yang terpilih seterusnya menjadikannya sebagai penanda aras dalam industri.

COTY tahun ini telah pun dipilih dan ia diumumkan pada 6 Mac lepas sempena Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva. COTY 2017 adalah milik PEUGEOT 3008 baharu dan model itu mencatat sejarah kerana ia adalah SUV pertama yang memenangi anugerah COTY.

PEUGEOT 3008 memenangi COTY 2017 dengan 319 poin mengalahkan dua lagi finalis yang hebat iaitu Alfa Romeo Giulia dengan 296 mata dan Mercedes E-Class dengan 197 mata.

Peugeot 3008

Keputusan itu diadili oleh 58 jurnalis Eropah dan ia berjaya memenangi hati juri melalui gayaan, reka bentuk dalaman dan prestasi. Kemenangan terbaru ini adalah tambahan kepada 20 anugerah yang telah dimenangi oleh PEUGEOT 3008. Ini juga adalah kemenangan kelima buat PEUGEOT dalam sejarah anugerah COTY.

Anugerah COTY juga tidak menjadikan harga atau segmen kenderaan sebagai kriteria utama. Tahun lepas misalnya, COTY dimenangi oleh Opel/Vauhall Astra mengalahkan Volvo XC90 yang lebih canggih dan mahal manakala di tempat ketiga ialah Mazda MX-5.

PEUGEOT 3008 tampil bergaya dan canggih melalui beberapa kelengkapan seperti PEUGEOT i-Cockpit®, stereng kompak, head-up display (HUD) 12.3 inci dan paparan multimedia dengan skrin sesentuh. Turut dilengkapi ialah teknologi bantuan pemanduan pelbagai lagi teknologi canggih.

Menurut Ketua CEO, Grup Automotif, Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George, PEUGEOT 3008 bakal dipasarkan di Malaysia pada tahun ini.

“Dengan persaingan sengit dari 30 model lain dari Amerika, Eropah dan Jepun, Peugeot sekali lagi membuktikan reputasinya sebagai jenama unggul dari Eropah, kami teruja untuk memperkenalkan 3008 di pasaran Malaysia pada tahun ini dan melalui pengiktiran COTY, kami lebih yakin pelanggan akan tertarik kepada SUV ini.”

Peugeot telah dianugerah COTY kali kedua dalam masa tiga tahun selepas memenanginya melalui model 308 pada 2014. Secara keseluruhannya, Peugeot telah lima kali memenangi COTY melalui tiga lagi model lain iaitu 307 pada 2002, 405 pada 1988 dan 504 pada 1969.

Galeri gambar Peugeot 3008:

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.