Sep 09

Persona Keseronokan dan Versatiliti Dalam Nissan X-Gear Serba Baru

banner 2

Kuala Lumpur (6 September 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd menambah satu lagi ahli ke dalam rangkaian Livina sedia ada dengan pengenalan Nissan Livina X-Gear serba baru yang merupakan model cross-over CKD segmen B pertama di Malaysia.

Livina X-Gear tampil dengan sifatnya yang menyeronokkan dan rekaan dalaman sporty. Ia dijangka mampu menarik minat pelanggan-pelanggan baru yang ingin mencari proposisi unik yang menggabungkan gaya luaran berinspirasikan SUV bersama versatiliti serta keluasan ruang yang mendahului kelasnya.

“Sejak pelancarannya pada tahun 2007, MPV Grand Livina telah mengukuhkan dirinya sebagai MPV bukan nasional paling laris yang memenuhi keperluan banyak keluarga di Malaysia. Dengan Livina X-Gear berkapasiti dua baris tempat duduk, kami kini mensasarkan pelanggan segmen baru yang mahukan sebuah cross-over penuh gaya untuk menunjukkan individualiti mereka. Pada masa yang sama kekal praktikal dan ekonomikal untuk kegunaan setiap hari,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Nissan Livina X-Gear 2011.01

Walaupun secara mekanikalnya model ini berasaskan kepada Grand Livina 1.6L, gayaan luaran yang menarik adalah eksklusif untuk Livina X-Gear. Ini dapat dilihat pada gril hadapan yang tampil canggih dan agresif, bampar-bampar berinspirasikan kepada SUV bersama penutup takungan pelincir berwarna perak, over-fender yang maskulin, acuan sisi dengan kemasan perak serta rel bumbung (roof rails).

Penampilan luaran Livina X-Gear dilengkapkan lagi menerusi ruang dalaman luas dan selesa yang diserlahkan melalui tempat duduk serta kemasan pintu fabrik “Tartan”. Ruang kepala dan kaki mendahului kelasnya, disempurnakan lagi dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat melalui konfigurasi 60:40. Ini sekali gus menggandakan ruang kargo dari 383L kepada 769L apabila ia dilipat – cukup luas untuk membeli-belah pada hujung minggu atau aktiviti berbasikal di kawasan luar bandar. Apabila diperlukan, rel bumbung Livina X-Gear mempunyai kemampuan membawa beban tambahan berkapasiti 25kg.

Nissan Livina X-Gear 2011.02

Aspek keselamatan di jalan raya menjadi keutamaan. Oleh itu, Nissan Livina X-Gear serba baru dilengkapi dengan dua beg udara, ABS, EBD dan BA sebagai ciri standard. Ia dikuasakan oleh enjin HRDE16 bersesaran 1.6 liter empat silinder aluminium sepenuhnya yang terbukti bagus. Ia mampu menjana kuasa sehingga 105PS dan tork 150Nm serta dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan yang lancar dan pertukaran gearnya dikawal secara elektronik. X-Gear juga memberi penjimatan bahan api yang cekap iaitu hanya 13.8km/ L.

Nissan Livina X-Gear serba baru ditawarkan dalam lima warna iaitu perak (Tungsten Silver), kelabu (Twilight Grey), putih (Brilliant White), hitam (Supreme Black) dan jingga (Sunburst Orange). Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah RM82,800.00, bersama jaminan tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km (yang mana tiba dahulu).

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • Alteja on September 9, 2011 at 9:09 am
    • Reply

    Harga RM82.8k dgn spec yg ditawarkan, berbaloi & menarik. Aku sendiri dah hampir memiliki Grand Livina 3 tahun lepas, tapi wife aku tak setuju sbb dia minat Mazda 5. Memacam alasan dia. Penyudahnya, aku rembat MPV dr Toyota. Apapun, Livina X-Gear ni best….

    • gigikuku on September 9, 2011 at 9:59 am
    • Reply

    toyota caldina vs nissan x-gear

  1. Menarik…Harga pun kire berbaloi & tak berape nak mahal

    • sepul_zoni on September 9, 2011 at 11:23 am
    • Reply

    Smart..mmg smart,,agak2 ada tak spec impul?kalau ada sure lg gempak..

    • kete_hitam on September 9, 2011 at 11:53 am
    • Reply

    harga patut…

  2. Adeihhh x mampo

    • yuri on September 9, 2011 at 7:48 pm
    • Reply

    exora facelift (turbo,cvt) december ni…

    • mahdi on September 11, 2011 at 12:17 pm
    • Reply

    kita tunggu exora turbo….amacam setuju?…turbo tu..leh kasi bersin kat x-gear ni..

    • mEgAtPuTRaKUniNG on September 12, 2011 at 8:52 am
    • Reply

    masalahnyer skrg ni yg aku tau xover ni mestilah seswatu yg lasak n ganas ye dok???tapi ni aku tgk manje gaban je….iklan kat paper siap naik bukit lah highway pecah lah…tan chong nak untuk lebih kot….kesian org msia..nk pakai skyline ori satu mimpi ngeri…hrg same dgn rumah…negara mana lagi yg letak harga kereta ni sama hrg kapal selam n rumh???

    • B13 VVL on September 13, 2011 at 8:07 am
    • Reply

    kite tngk exora turbo leh kasi bersin kat x-gear ni. baru exora turbo bersin, x-gear dah kat depan kui5x

Kata Anda//