Perodua Tawarkan Program Tweckbot: Pemeriksaan Percuma Sempena Aidil Fitri

image

Program Tweckbot Perodua yang dilaksanakan sejak 2011 kini kembali dengan khidmat pemeriksaan 50 poin percuma untuk kesemua kenderaan Perodua di lokasi terpilih sempena bulan Ramadan dan Aidil Fitri.

Program Tweckbot ini berfungsi di mana Perodua berhubung dengan pelanggan melalui media sosial untuk menawarkan khidmat pemeriksaan kenderaan percuma pada lokasi, tarikh dan masa yang ditetapkan.

Program ini telah diperbaharui untuk mencapai lebih pelanggan Perodua melalui dua medium iaitu media baharu dan tradisional bagi memaklumkan masa dan lokasi tim Tweckbot.

image

Pada bulan puasa, kenderaan Perodua Tweckbot berada di Mesra Mall, Kerteh, Tranung di antara pukul 10 pagi hingga 6 petang, dari 26 hingga 28 Mei 2016. Selepas Raya pula, Tim Tweckbot akan berada di wilayah tengah dengan butiran lanjut yang akan dimaklumkan kemudian.

Pemeriksaan 50 poin percuma akan mengambil masa selama 10 ke 15 minit yang merangkumi enjin, transmisi, sistem penyejuk (aras bendalir, kipas dan suhu), sistem brek (minyak dan pelapik brek), sistem stereng kuasa, sistem klac, tayar, suspensi, sistem elektrikal (bateri, lampu, bilah penggilap) dan akhir sekali, diagnosis enjin.

Semasa pemeriksaan, tim Tweckbot akan turut memberi khidmat nasihat jika kenderaan memerlukan servis lanjut atau pembaikan. Untuk itu, Perodua menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk peralatan dan aksesori kepada pemilik yang membawa semula kenderaan ke pusat servis Perodua. Tambahan 10% akan diberikan kepada ahli Perodua Circle (tertakluk kepada terma dan syarat).

Sementara kenderaan diperiksa, pelanggan Perodua juga boleh mendaftar keahlian UFirst iaitu sebuah program yang diperkenalkan pada Ogos 2015 bagi menghargai kepercayaan dan kesetiaan pelanggan.

Di samping mempunyai web khas iaitu www.ufirst.com.my, program tersebut turut mempunyai aplikasi telefon pintar bagi memudahkan pelanggan.

Melalui aplikasi itu, pengguna boleh mengakses promosi Perodua dan rakan niaga lain dan menariknya khidmat Perodua Smart Assist untuk bantuan kecemasan dan juga capaian GPS untuk lokasi bilik pameran Perodua, pusat servis dan hub pembaikan.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.