Perodua Myvi Merah Merangkak Manja

tt

Tiga hari lepas masa tengah memandu balik dari kampung, ada sebuah Myvi merah seperti seekor penyu belimbing, merangkak-rangkak manja di lorong paling kanan di tengah lebuh raya. Selepas di hon tujuh, nam belas kali baru dia masuk ke lorong kiri itu pun bila nampak ada kedai baju buat jualan murah. Semalam masa aku keluar ke pasar malam, sebuah myvi putih pula masuk ke simpang dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Aku gerenti lampu isyaratnya tak rosak pasal kereta tu masih baru dan kusyennya masih di baluti plastik. Dan baru sekejap tadi ada Myvi warna silver pulak yang memandu tanpa memasang lampu walaupun ketika itu sudah jam 8 malam. Terang betul bijik mata pemandunya.

Apa yang aku nak cakap kat sini, ia bukan salah Myvi. Tapi faktanya ramai kaum wanita kat malaysia ni sukakan kereta Myvi. Atau dengan tepatnya semua kesalahan-kesalahan jalanraya yang aku sebut tadi pemandunya mesti wanita. Biasanya bila berhadapan dengan kes macam ni tekaan aku 99.9% tepat yang pemandunya adalah wanita manakala 0.1% lagi adalah pemandu warga emas yang dah lupa nombor plate kereta sendiri.

Mungkin ramai kaum wanita tak setuju dengan apa yang aku cakapkan ni tapi itulah hakikatnya daripada pemerhatian aku. Aku cakap isu ni bukan apa pun cuma nak pesan kat budak-budak perempuan yang baru habis sekolah dan tengah excited nak ambil lesen memandu. Korang bacalah buku panduan memandu tu betul-betul buat macam buku teks sekolah korang. Jadikan dia macam ‘teddy bear’ korang. Jangan pulak ada yang dapat lesen dengan menggunakan ‘ilmu pengasih’ terhadap abang-abang JPJ kita.

Jadilah pemandu buku undang-undang yang berjaya. Tolonglah dan janganlah jadi macam contoh tadi. Mereka sudah lama memandu tetapi mungkin dah lama tak baca buku undang-undang kerana asyik baca benda lain, jadi mereka dah lupa cara memandu. Jadilah pemandu yang peka seperti anda memilih pakaian.

Taking care! Jumpa lagi.

-NORMAN HUZZER-

Matpon: Gua tak kenal brader Norman ni. Bos gua pas kat gua. Boleh jadiopismet gua. Bulan pose ni gua tak banyak cakap. Sekian.

Silakan kongsi:

23 comments

Skip to comment form

    • jabroni on 04/08/2011 at 8:29 AM
    • Reply

    Hahh….!!!

    • DaihatsuKancil on 04/08/2011 at 8:29 AM
    • Reply

    Gua pun x cakap banyak… jd gua setuju je lah…

    • Alteja on 04/08/2011 at 8:36 AM
    • Reply

    Luahan, tapi bukan dari hati nurani MatPon.
    Bagi aku, fakta kat atas ada betulnya, tapi mungkin tak tepat ke sasarannya. Corak dan etika pemanduan bukan sahaja dipengaruhi oleh jantina, tetapi jugak sikap yang tak mengira jantina.

  1. ada can jadi opismet gua juga nih

  2. Kebetulan macam sama la… pagi nie aku bawak iswara pekak aku seperti biasa ke tempat kerja. Sampai kat traffic light satu Myvi, kaum hawa bawak. Bawak slow duduk lane kanan tapi tak mau bagi jalan. Last-last aku potong betul2 kat simpang traffic light. Jalan tu nganm2 je. Punya la marah dia kat aku.

    Lepas tu dia kejar, kat jln jam siap tenung aku je. Marah la tu.
    Nasib la..

    • Datsun Buah Kana on 04/08/2011 at 8:47 AM
    • Reply

    Aku kenal mamat ni.. Sepupu Norman KRU…

    • sepucps on 04/08/2011 at 9:21 AM
    • Reply

    Bini aku pon bwk myvi gak..takpe2, nnti blik kang aku marah die kaw2…hahaha

    • pokhir on 04/08/2011 at 9:45 AM
    • Reply

    hai, boleh berkenalan

  3. Gua setuju pompuan selalunyer cenggitu tp mamat2 poyo pun ade gak…biler kena hon tak puas ati nak ajak gaduh… ape jadahnyer

    • yazid on 04/08/2011 at 9:51 AM
    • Reply

    kadang2 suami kaya.beli bini kereta besar2 belaka… dah terang x leh u turn nak jugak die uturn..biarlah belakang tuh berbaris kereta panjang.asal die lepas.
    lepas tuh depan sekolah bawak kereta laju mengalahkan kereta mayat.
    pagani zonda mokhzani pun slow jugak aku tengok arituh depan smk bandar utama.
    kepada kaum hawa, saya bukan gender rasict.tapi kereta ini bukan sekadar memandu.tapi segala kebarangkaliannya.
    wasalam selamat berpuasa

  4. perkh lu orang tak menahan mengutuk makwe2. sian gua kena edit. babai.

  5. sebenarnya perempuan bawa keter memang laju,tapi nampak cam kelam dan panik,kalau nak di bandingkan lelaki yang bawak slow tapi relax dan kaum lelaki memecut nampak garangnya

  6. cite pasal ni.. gua teringat 2 bulan lepas kat abndar utama gua kena himpit dgn golf Gti ..masa tu gua dgn myvi gua yg setia.. punyalaa gua angin gua nak pergi sebelah golf ni .. tgk driver pompuan jo!!.. cina muda lingkungan 20an.. gua pandang tapi dgn muka brengsek dia pangkah depan gua.. fuhh.. hati panas.. dgn tak semena2, jiwa resing gua ketika bersama b18c tu kembali membara.. so myvi gua jadi taruhan.. lu ingat geabox DSG tu gua takleh kejar . silap tu joe.. kek hiway lu king.. kat jalan perumahan kecik ni .. myvi tunjuk skill lerr.. keh kehkeh.. maka jadilah adegan kejar mengejar hampir 10 min bersamaan 10km bersamaan 4 bumper jalan gua lompat arnab.. badigol betul!.. Gti tu cuma dapat jarakkan diri dalam 8 meter aje.. dah dkt dgn 1utama si nyonya ni agaknya tak puas hati sebab apa myvi gua still menghantui bontot keretanya telah memberikan gua satu pose menarik iaitu membrek emergency dgn harapan gua terkulai laa.. silap tuu.. gua potong depan dia.. gua honnnsekuat hati pakai hon myvi dan hon mulut beserta syarahan tangan ..kelihatan dia terkujat dgn sikap gua yg optimis .. hehe silap laa lu amik no kete gua pun gua dah amik video dgn muka lu sekali.. lepas tu gua jeling dia kali ke berapa tah terus gua belah.. parking kereta kat 1 utama.. terus gua istighfar ..kembali menjadi manusia normal hasil syarahan bini gua kat sebelah yang dah menggigil separuh nyawa kehkehkehkeh.. jgn marah yeaa yang.. abg rasa mcm the Stig kejap tadi huhu

    moral:- kalau lu nak hambat org.. make sure lu sorang dalam kereta.. sib x baik..org sebelah lu hambat lu di penghujung rancangan kehkehkeh

    sekian

    • belalang_kontot_dalam_kenangan on 05/08/2011 at 3:33 PM
    • Reply

    en sepat,gua selalu kot mengalami situasi cam lu…kejadian mcm2…yg penting hujung rancangan kite same…diberi syarahan percuma beserta muncung panjang ….peristiwa yg plg bini gua marah mase gua hon satu airtrek kat roundbout…kepala otak die gua nak kua roundbout die selamba pancung gua…memang jenis bawak keter gune lesen terbang…jenis tak penah pegi sekolah memandu…

    • chor on 05/08/2011 at 3:47 PM
    • Reply

    Gua suka sepat…lu mmg Terer main jalan tue..

    • ex-Z2H2 on 06/08/2011 at 8:32 AM
    • Reply

    Tu baru MyVi…belum lagi yang bawak E-Class, S-Class, CLS, Harrier bahkan Triton sekalipun.

    Gua bukannya racist jugak, tapi kebanyakan kaun hawa bukan Melayulah yang paling teruk memandu atas jalanraya. Diorang ni macam tiada sikap bertoleransi dan mementingkan diri sendiri aje…

    Baca cerita si Sepat tu aje gua dah boleh agak dah…

    • hasang on 06/08/2011 at 12:12 PM
    • Reply

    steady… baru2 ni time nk ambik anak sekolah, wife gua kene cucuk blakang ngan waja gaban,.. pemandu kaum adam yg konon hebat. kalu highway kene getah dh dgn wife gua tu.. sib baik jln kg melayu subang ke KD yg agak jem. nk tunjuk lu punya skill mencelah level 7 pun jgn la atas jalan jo.

  7. Moral of the story,

    1. Gua bukan racist
    2. Bawak kete sopan santun sesuailaa dgn jantina awak yea (bkn racist) lagi
    3. Ingatlah yg tersayang

    • pokjik on 07/08/2011 at 8:58 PM
    • Reply

    aku pernah 3 kali hampir dilanggar oleh pemandu wanita di trafik lite ketika aku merimpit…dan yg paling best ialah aku pulak yg kena marah oleh pemandu tuh walhal laluannya sedang MERAH…

    kesimpulan dari pemerhatian aku lah …melanggar undang2 tidak ditentukan oleh gender tetapi pemandu wanita lebih cenderung melanggar undang2 tanpa menyedarinya dan pemandu lelaki pula melanggar undang2 dengan sengaja ..

    walaubagaimana pun …dengan melanggar undang2 tanpa menyedarinya..risiko kemalangannya adalah lebih tinggi ..
    amik contoh mudah ..pemandu wanita tidak memberhentikan keretanya ketika lampu merah dan ini boleh menyebabkan ia dilanggar atau melanggar org lain kerana wanita itu tidak sedar laluan arus trafik di kiri kananya ..silap2 haribulan..org yg dilanggarnya pulak akan dimarahinya

    berbeza dgn pemandu lelaki..mereka melanggar lampu merah dgn sengaja tetapi dgn berhati2..mereka akan melihat dulu kiri atau kanan sebelum melakukannya..

    • Alteja on 08/08/2011 at 9:18 AM
    • Reply

    Bila aku baca cerita korang bermula cerita Sepat merempit di 1 Utama, apa yg aku simpulkan, tak kira gender, atas jalan raya, kita akan menjadi “orang lain”. Wife aku, kalo di rumah & opis, punya la lembut, tapi bila dia drive, aku rasa, kurang sikit dari Sepat. Aku lagi la, setakat dengar ceramah wife aku masa memandu, dah macam dengar radio je.
    Kesimpulannya, bukan gender menentukan cara pemanduan, tapi lebih kepada sikap & kekadang ditambah dgn ego.

  8. tapi Alteja wife gua bawak kereta bersopan tu.. tp time gua bawak pantang aje nampak driver kuwang akal..siaplaa terus ilang akal dia bersyarah dalam kereta tu kehkehkeh

    • Alteja on 10/08/2011 at 8:05 AM
    • Reply

    Hahaha…. aku dah biasa sangat kena syarah… dah tebal telingan aku ni

    • klgrdrs on 13/08/2011 at 9:38 PM
    • Reply

    ..org mcm tu seng je nk ajor,bawak hummer..ikot belkg die rpt2,pastu potong sayur.sure terbalik punyela hahaha..baru die tau.ingat jln pak die ke..

Leave a Reply to jabroniCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.