Perodua Myvi Lagi Best

Perodua Myvi 2011.06

Sesungguhnya inilah tugas paling berat Matpon. Matpon nak kena tulis launching kereta baru. Matpon biasa tulis light-light jer. Entah apa dalam fikiran Matpon kali ni. Memandangkan tekanan ibarat tsunami pasal Myvi baru ni terpaksalah Matpon menulis. Bos-bos Matpon semua sibuk katanya. Tapi takpe Matpon boleh jadi bos, awak semua ni mesti suka kan?

Oklah mengikut informer Matpon Perodua Myvi Lagi Best ni mahal jugalah nak develop. Matpon dengar RM220 juta. Tapi awak-awak semua mesti tahu kan Perodua Myvi Lagi Best ni tak ori. Sebab body asal dia Daihatsu Boon. Lagi best sebab dia pakai balik chassis Myvi lama. Tapi Boon kat Jepun dah pakai Dual DVVT. Tapi Matpon respek jugalah sebab brader n makwe kat Perodua banyak modified Boon jadi Myvi. Orang kata ada identiti Malaysia. Entah-entah diaorang baca MK sebab tu boleh jadi terer macam tu. Siapa sangka. Matpon dah malas sebenarnya ni. Matpon rasa sampai sini je lah yer. Awak-awak semua layanlah gambar Myvi ni yer. Sekian.

Siapa yang dah beli Myvi ni bagitaulah Matpon boleh tumpang ronda-ronda sambil makan rojak dan cendol.

Babai.

-Matpon Lagi Best-

Matpon

18 Comments

  1. ramai gla org kebanyakkan kat showroom mcm nak bli tiket justin bieber hu..hu..

  2. lepas ni siapa yg beli my vi end baru hati hati nnt sistem GPS anda bakal targeted oleh penyamun2 fanatic myvi hehe

  3. Rasa macam nak beli, tapi sapa boleh tolong aku nak tipu slip gaji yg carbonise?

  4. Alteja
    gua ada kepakaran tipu slip gaji..tapi mengenangkan dosa, gua batalkan aja niat nak tolong lu..kehkehkeh

  5. yg tunjuk kt KLIMS aritu yg diselimut kuning tu nmpak gempak tapi yg ni apsal cam tak best ja design bumper dia..

  6. alteja
    lu kombet je mai bi lamo tu, cesis samo jo.
    bkn nye beza mcm wira – gen2/persona, saga/iswara – saga blm….

  7. dalaman.. aku rasa macam alza. luaran.. biasa lah, skeptikal
    daihatsu-perodua. harap2, matpon tulis lagi panjang dan gambar yang cun2 dalam MK.

  8. hik hik hik dapat sambutan juga artikel Matpon. Oklah awak-awak semua Matpon nak tido ni. Selamat Malam. Babai.

  9. C27
    Tak sangka aku ko dah tobat
    Mesti ko sama-sama dapat hidayah dgn Mat Pon ni…

    Kabereter
    Aku tau platform dia sama
    Tapi, yang baru tetap lagi bagus di mata mak mertua

  10. Gua rasa bila Proton dah kuarkan saga 1.6 pasal nak kacau market Myvi ni la… hahaha..

  11. dah ler kecik drpd Myvi lama…mahal plak tu…kena tambah RM7K semata-mata nak dpt GPS+bodikit+seat kulit…adoyaiii

Kata Anda//