Oct 13

Perodua Myvi Euro 5

Perodua Myvi SE_Sport.02

Perodua berbesar hati mengumumkan dua varian baru Myvi; SE dan Sport di UK. Paling menarik sekali ialah kedua-dua model ini mematuhi syarat Euro 5. Syarat Euro 5 ini memang payah nak patuh dan sebab itu lah juga Civic Type R UK bakal dihentikan pengeluaran.

Myvi Sport ada kit badan yang terdiri dari skirt depan, sisi dan belakang termasuklah ekzos berkembar empat palsu. Selain dari itu turut dipasang ialah moulding sama warna dengan badan, lencana Myvi dan pemegang pintu krom. Roda aloi pun ada sekali nak bagi lagi nampak sporti. Pada bahagian dalaman, dipasang panel instrumen dan panel pintu dengan efek gentian kaca. Warna yang ditawarkan ialah Hitam Ebony atau Putih Ivory.

Perodua Myvi SE_Sport.01

Myvi SE pula disasarkan untuk pelanggan yang mahukan interior lebih mewah sebab ianya dipasangkan kerusi kulit warna kelabu gelap. Ada lagi yang dia tulis sebenarnya tapi masa saya tulis ini jadi blur kejap tak tau apa dia nak bagi tahu. Warna untuk model SE ialah Hitam Ebony, Kelabu Medallion, Perak Gemerlap dan Putih Ivory. Harga Myvi Sport lingkungan GBP 7.7 ribu manakala Myvi SE dalam GBP 8.4 ribu. Rupanya di UK sana Perodua jual lagi Myvi edisi pertama, sini siap jual Myvi Merah Jambu, saya pun dah lupa apa nama dia.

Sekutu jangan kutuk Myvi ada banyak versi sebab ini lah dia strategi meniaga. Lagi banyak varian lagi banyak pasaran boleh masuk dan Myvi merah jambu hari tu banyak tingkatkan jualan Myvi. Memang kereta cari makan ni.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

15 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on October 13, 2010 at 8:44 am
    • Reply

    Ok la..

    • Jamil Butang on October 13, 2010 at 8:52 am
    • Reply

    Kalu gua tinggal dan keje kat London, bahagia betul. 8.4k je. boleh kumpul duit bayar cash.

    • C27 on October 13, 2010 at 9:59 am
    • Reply

    Myvi Sepat..

  1. Sekeru Longgaq
    Yesss. R u driving Myvi?

    Jamil Butang
    Lu nak g london? Jgn lupa interkom gua ok. Kita jln bersama. Yeahhhh.

    C27
    Heh. Tipu tipu. Gua tak pernah tgk Myvi Sepat.

    • Sekeru Longgaq on October 13, 2010 at 11:42 am
    • Reply

    gua bru plan nak beli myvi kat bni gua

  2. terharu gua… terima kasih matpon siarkan artikel ini.. support laa myvi utk masa depan daerah rawang!!.. ohh yeaahh

    C27

    Viva dan myvi bersedara.. ngeh ngeh ngeh

    • azwan nbs on October 13, 2010 at 2:33 pm
    • Reply

    best tu kerusi kulit…

    • 5ruz on October 13, 2010 at 2:48 pm
    • Reply

    Kat UK standart keselamatan sampai tahap euro5 kat sini bile lg nak dpt keselamatan yg same….. Tunggu Myvi 1.5 keluar x pyh buat projek msk enjin Vios

  3. Samasama Sepat gua hanya menjalankan tugas sekian terima lah kasih.

    • belalang_kontot on October 14, 2010 at 12:56 am
    • Reply

    euro 5 tu ape requirement die matpon?lu kan lame duk uk dlu…

    • basikal on October 14, 2010 at 3:40 pm
    • Reply

    apa itu euro5

  4. Euro5 tu maknanya…….

    Entah. Euro tu Eropah. Sekian.

    • qafxxxx on October 16, 2010 at 1:48 am
    • Reply

    ntah..taktau nak ckp ape..blurrr

    • v00nz on October 17, 2010 at 5:35 pm
    • Reply

    masuk jer k3vett sbgai model facelift…abis cter…nak slamat?nak spec euro5? pakai jer keta standard…udah…

    • Han on October 17, 2010 at 5:48 pm
    • Reply

    murah gile 8.4k..
    harga da buleh beli moto FZ..

Kata Anda//