Perodua Myvi Baharu Kini Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM44.3K

Perodua Myvi baharu ternyata mendapat sambutan hangat apabila 5,000 tempahan telah diterima dalam tempoh enam hari sahaja. 

Myvi sebelum ini kereta terlaris Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.

Myvi serba baharu yang berharga dari RM44,300 hingga RM55,300, kini boleh didapati di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.

Myvi baharu juga adalah kenderaan pertama Perodua yang menerima penarafan keselamatan 5-bintang oleh ASEAN NCAP.

“Myvi baharu mempunyai teknologi yang sebelum ini hanya tersedia dalam kereta premium dan model baharu ini juga menetapkan penanda aras bagi kami dari segi kualiti, reka bentuk dan penawaran keseluruhan untuk model masa depan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata.

Perodua mensasarkan untuk menjual secara purata 6,000 unit Myvi sebulan.

Di bawah ialah ciri-ciri utama Myvi baharu:

  • Advanced Safety Assist: Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert, Pedal Misoperation Control
  • Pembaca kad tol
  • Penggunaan bahan api di antara 20.1 and 21.1 km/l,
  • Ukuran: 205 mm lebih panjang, 30 mm lebih rendah dari Myvi sebelum ini. Saiz but juga meningkat 69 liter kepada 277 liter.
  • Lampu LED depan dengan fungsi follow-me-home dan larasan ketinggian
  • Smart Entry dengan Push Start
  • ABS dengan Electronic Brakeforce Distribution (EBD) dan Vehicle Stability Control (VSC)
  • Myvi 1.5 dibekalkan dengan enam beg udara manakala varian 1.3 empat beg udara
  • Enam warna: Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple, Lava Red, Peppermint Green (1.3 sahaja),  Granite Grey (1.5 sahaja)

Galeri Gambar Perodua Myvi Advance 1.5L:

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.