Perodua Buddyz: Buddy for Generations Y and Z!

KLIMS 2013.02

Diinspirasikan oleh trend teknologi dan gaya hidup Generasi Y dan Z, Perodua Buddyz adalah sebuah sedan moden yang dibangunkan untuk merapatkan jurang di antara dunia digital dan kereta. Perodua Buddyz juga cuba untuk menjadi kereta idaman Generasi Y dan Z yang dilahirkan dan dibesarkan di dalam dunia digital di mana internet, telefon pintar dan tablet menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Untuk mereka yang tertanya, nama Buddyz sebenarnya adalah gabungan dan singkatan perkataan Buddy for Generations Y and Z.

Perodua Buddyz 2013.06

“Melalui pengetahuan Perodua di dalam industri automotif dan dibantu oleh rakan teknikal dan teknologi iaitu Daihatsu Motor Company, Jepun, kami berbangga untuk mempersembahkan kepada semua model konsep terbaharu iaitu Perodua Buddyz. Memandangkan kami sudah memasuki fasa kemampuan untuk merekabentuk gayaan badan sendiri, Buddyz adalah salah satu langkah evolusi di dalam pembikinan sejarah Perodua,” kata Datuk Aminar Rashid Saleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

Buddyz merupakan hasil kajian bertahun-tahun Perodua dalam memahami keperluan rakyat kebanyakan tempatan. Daripada rekabentuk luaran hinggalah pembangunan enjin kesemuanya dirancang dan dilaksanakan secara teliti untuk menawarkan produk dengan pengalaman pemilikan terbaik pada harga mampu milik.

Perodua Buddyz 2013.03

Model konsep itu juga turut diinspirasikan daripada pelanggan yang mahukan sesuatu yang lebih besar daripada Perodua atau senang kata sebuah kereta sedan. Walaupun Perodua Myvi menjadi model terlaris tempatan untuk bertahun-tahun lamanya namun kereta hatchback bukanlah citarasa sebenar rakyat Malaysia yang suka mengembara bersama keluarga. Jawapannya adalah kereta dengan bonet yang besar dan Perodua cuba untuk menyambut keperluan itu.

Perodua Buddyz GMS 2013.03

Pasukan Pereka Perodua Buddyz diketuai oleh Muhammad Zamuren Musa, Noor Hashiman Sulaiman (Pengurus Besar R&D – Ketua Pereka), Wan Ahmad Farhan Wan Ali (Pereka Antaramuka), Ahmad Iqtizar Ahmad Adzharudin (Pereka Luaran), Mohd Syahid Mokhtarudin (Pereka Dalaman) dan Nur Shamira Haris (Pereka CAS).

Produk asas Perodua ialah kereta kompak dan dikatakan pasukan pereka mempunyai had saiz sebanyak 4 meter sahaja bagi menyesuaikan dan memuatkan sedan mereka. Cabaran itu agak sukar bagi mendapatkan keseimbangan kereta sedan iaitu ruang penumpang dan ruang bonet. Beberapa kompromi telah dilakukan dan Perodua Buddyz adalah hasil akhirnya. Walaupun model itu hanyalah kereta konsep dan menjadi objek bagi mendapat maklum balas orang ramai namun terdapat beberapa DNA rekaan yang akan digunakan pada model-model akan datang Perodua seperti gayaan bahagian hadapan Buddyz.

Perodua Buddyz 2013.08

Perodua Buddyz masih lagi di peringkat kajian dan sementara ini tiada keputusan konkrit sama ada pembangunannya akan diteruskan hingga ke peringkat produksi. Walau bagaimanapun, diadili daripada sesi soal jawab dengan pereka dan pengurusan Perodua, kelihatan suatu semangat dan kesungguhan untuk menjadikan Buddyz sebagai realiti.

Muhammad

2 Comments

Kata Anda//