Perodua Bezza kini dengan bampar belakang dan kemasan baharu

Perodua Bezza 2017

Perodua Bezza telah dilancarkan pada 21 Julai 2016 dan dalam usia yang belum mencecah setahun, Perodua telah mengemas kini gayaan sedan terlaris negara itu.

Bahagian dalaman varian Premium X dan Advance menerima kemasan dalam platinum krom manakala kesemua varian didatangkan dengan bampar belakang yang lebih labuh. Bampar belakang sebelum ini tampak singkat seterusnya mendedahkan bahagian bawah simpanan tayar ganti serta gandar dan suspensi.

Perodua Bezza 2017

Selain daripada itu, Perodua Bezza Advance turut dilengkapi kerusi kulit baharu dan ia adalah lambang respon hangat yang diterima sedan pertama Perodua. Berdasarkan rekod, jualan suku pertama Bezza pada tahun ini sudah pun mencecah 15,900 dengan angka keseluruhan sebanyak 50,900 unit sejak ia dilancarkan.

Lebih menarik, kesemua naik taraf baharu dibuat tanpa sebarang peningkatan harga. Perodua Bezza hadir dalam lima varian iaitu 1.0L Manual dan Automatik, 1.3L Premium X Manual dan Automatik dan 1.3L Advance Automatik.

Perodua Bezza baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai 2017 Frost & Sullivan Malaysia Car of the Year dan 2017 Frost & Sullivan Malaysia Debut Car of the Year berdasarkan impak kereta itu kepada industri automotif negara.

BACA LAGI:  PERODUA BEZZA 1.3 ADVANCE, 1.3 PREMIUM X DAN STANDARD G 1.0L: VARIAN MANA YANG PATUT SAYA PILIH?

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.