Perodua Bezza diakui sebagai Kereta Terbaik oleh Majlis Rekabentuk Malaysia

Perodua Bezza

Sedan pertama Perodua iaitu Bezza ternyata hebat apabila Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) mengiktirafnya sebagai kereta terbaik di bawah kategori Ruang Awam dan Produk Pengangkutan 2016.

Sebelum itu, Perodua Bezza telah menerima dua anugerah iaitu Kereta Tahunan Frost & Sullivan 2017 dan juga Pengenalan (Debut) Kereta Tahunan Frost & Sullivan 2017.

Anugerah Malaysia Good Design Mark kepada Perodua disampaikan pada Majlis Malaysia Good Design Mark 2016/2017 yang berlangsung pada 18 April. Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri MOSTI iaitu YB Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah.

Bahagian atas Perodua Bezza direkabentuk sepenuhnya oleh tenaga tempatan dan ia merupakan sedan EEV pertama keluaran Perodua dan telah menerima sambutan mengalakkan daripada rakyat tempatan.

Rekod jualan sejak mula dilancarkan pada Julai tahun lalu sehingga kini telah mencapai 50,900 unit di mana jualan pada suku pertama tahun ini sahaja lebih dari 15,900 unit.

 

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.