Perodua Alza S dan Myvi Premium XS 1.3 Dilancarkan Dengan Ekstra Aksesori Standard

Perodua Alza S 2015.03

Perodua kini menawarkan kenderaan lebih nilai dengan pelancaran Alza S dan Myvi Premium XS 1.3. Perodua Alza S yang menggantikan varian standard Alza kini didatangkan dengan kit badan penuh, lampu belakang lensa cerah dan lampu kabus pada bampar depan.

Penambahan aksesori bukan setakat luaran sahaja malah bahagian dalaman turut diberi nilai ekstra seperti stereng balutan kulit dengan suis audio, sistem audio dengan fungsi USB serta Bluetooth dan panel meter nyalaan putih. Perodua Alza S juga didatangkan dengan warna eksklusif iaitu Metallic Electric Blue selain daripada warna sedia ada seperti Passion Red, Ebony Black, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White. Lebih menarik harga di atas jalan Perodua Alza S kekal seperti varian standard iaitu RM52,332 (manual) dan RM55,332 (automatik).

Perodua Myvi Premium XS 1.3 S 2015.03

Selain daripada itu, Perodua turut melancarkan Myvi Premium XS 1.3 yang lengkap dengan kit badan GearUp iaitu skirting depan, sisi dan belakang serta lampu utama projektor dengan lampu penunjuk. Bahagian dalaman turut menerima perubahan iaitu kerusi dengan corak fabrik baharu dan kemasan dalaman yang gelap. Kereta terlaris Malaysia itu dipasarkan pada harga RM48,862.16 (warna solid) dan hanya boleh didapati dengan transmisi automatik sahaja.

Melalui pengenalan dua varian baharu ini Perodua mensasarkan untuk menjual sebanyak 3,400 unit Alza dan 7,500 unit Myvi sebulan. Perodua Alza S dan Myvi Premium XS 1.3 dibekalkan 5 tahun waranti seperti barisan model lain Perodua.

Perodua Alza S

Perodua Myvi Premium XS 1.3

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.