Peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance Tawarkan Lawatan VIP ke Sepanyol, Peluang Untuk Menangi Motosikal Ducati Monster Kepada Empat Pemenang Hadiah Utama

Kuala Lumpur, 29 Mei 2012 – Berita baik buat pemilik motosikal yang bergantung pada Shell Advance untuk memastikan motosikal mereka sentiasa memberikan prestasi terbaik!  Shell Malaysia akan menganjurkan dua aktiviti pengguna yang menarik secara serentak pada tahun ini.

Pertama, peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance akan menghadiahkan lawatan VIP ke Valencia, Sepanyol, kepada empat pemenang Hadiah Utama untuk menyaksikan acara MotoGP Sepanyol pada bulan November 2012.  Semasa lawatan ini, mereka juga akan mendapat peluang untuk memenangi sebuah motosikal Ducati Monster bernilai RM60,000.

Peraduan tiga bulan dari 1 Jun hingga 31 Ogos, 2012 ini dibuka kepada pelanggan yang membeli pek 1 liter minyak motosikal Shell Advance Ultra 4T, AX7 4T, AX5 4T, VSX 2T atau SX 2T.

Mereka akan mendapati kod unik 9 angka dalam label depan setiap pek, yang memberi satu peluang kepada mereka untuk menyertai peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance dengan menjawab satu soalan mudah melalui SMS.

Menurut Cik Seow Lee Ming, Pengurus Pemasaran Kelompok, Shell Lubricants Selatan Asia Tenggara, peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance bertujuan untuk menghadiahkan percutian impian dengan segala perbelanjaan ditanggung sebagai ganjaran kepada pelanggan setia Shell Advance, yang kebanyakannya bergantung pada motosikal mereka untuk ke sana sini dan mencari nafkah.

Dicipta berdasarkan kefahaman yang mendalam tentang penunggang motosikal dan keperluan harian mereka, Shell Advance 4T membawakan Teknologi RCE yang dimajukan untuk memberikan prestasi minyak yang boleh dipercayai dengan membantu menanggalkan enapan dan mengekalkan kelikatan untuk perlindungan lebih baik, kawalan lebih baik menerusi pertukaran gear lebih lancar dan perlindungan daripada gelinciran, serta tunggangan lebih menyeronokkan dengan mengurangkan getaran dan bunyi enjin.

Ia boleh didapati dalam empat jenis produk berlainan yang mudah dibezakan untuk jenis motosikal tertentu dan prestasi yang dikehendaki.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance dan minyak motosikal Shell Advance, sila ke stesen Shell dan bengkel motosikal yang berhampiran.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.