Peraduan Istimewa Untuk Pembeli Honda Civic Type-R!

Untuk mereka yang berminat dan mahu membeli Honda Civic Type-R, ini ada kempen khas untuk anda.

Pembelian yang dibuat dalam tempoh tiga bulan dari April hingga Jun 2018 layak untuk menyertai peraduan Sprint to the Suzuka Circuit yang menawarkan hadiah untuk menonton perlumbaan Formula Satu di litar Suzuka Jepun pada Oktober depan.

Untuk menyertainya pembeli perlu menjawab dua soalan mudah dan Honda Malaysia akan memilih 10 pemenang bertuah berdasarkan dua jawapan paling kreatif.

Pemenang peraduan ini akan menerima hadiah lengkap berupa dua tiket penerbangan pergi balik kelas perniagaan, dua tiket Formula 1 Japanese Grand Prix 2018, dua cenderahati eksklusif Honda dan penginapan lima hari empat malam di Jepun.

Nilai keseluruhan pakej ini dianggarkan berjumlah RM30,000 setiap satu!

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.