Penurunan Harga Kereta: Realistik atau Populis?

turunkanhargakereta 2013.01

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita sedang menjalani sistem dua parti yang terdiri daripada pemerintah dan pembangkang. Setelah sekian lama pembangkang kucar-kacir dengan agenda yang ingin dibawa akhirnya mereka duduk bersama di dalam sebuah perikatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Umno dan rakan-rakan awalnya sudah tahu bahawa jika ingin Tanah Melayu merdeka, rakyat pelbagai kaum perlu bersatu dan mahu atau tidak mereka perlu berada di bawah satu payung yang hari ini kita kenali sebagai Barisan Nasional.

Selama berpuluh tahun BN memerintah dengan gah tanpa usikan kuat daripada pembangkang. Tidak dinafikan terdapat beberapa peristiwa politik yang besar namun itu semua belum lagi menjatuhkan BN. Bukan apa, pembangkang sendiri lemah dalam membentuk pakatan dan memberi ancaman besar kepada BN dan banyak bertembung sesama sendiri. Hari ini bezanya parti pembangkang sudah menemui titik pertemuan dan lebih padu dalam turut sama mencorakkan pemerintahan negara. Apa yang dilaungkan PR lebih bergema dan memandangkan mereka mempunyai sejumlah sokongan dan senario itu dilihat lebih menarik apabila BN sendiri menyambung gema yang dilaung. Di dalam konteks ini ialah cadangan untuk menurunkan harga kereta.

turunkanhargakereta 2013.02

Isu penurunan harga kereta ini sebenarnya sudah lama, jika diimbas kembali pada tahun 2006, kerajaan sudah pun melakukannya buat pertama kali. Isu turunkan harga atau lebih senang penghapusan cukai sebenarnya adalah agenda ekonomi global atau yang selalu kita dengar sebagai globalisasi. Matlamat utama globalisasi ekonomi ialah menghapuskan sebarang halangan bagi kemasukan produk atau perkhidmatan ke sesebuah negara. Halangan ekonomi tidak terhad kepada cukai sahaja malah hadir di dalam pelbagai bentuk seperti kuota import, standard atau pun birokrasi. Halangan-halangan ini penting bagi memastikan kelangsungan industri tempatan dan memandangkan Proton dan Perodua masih belajar membuat kereta dengan betul maka kerajaan melihat keperluan untuk melindungi industri tersebut. Halangan adalah perkara biasa dalam pelaksanaan ekonomi globalisasi, jika di Malaysia perlindungan diberi untuk industri automotif di negara lain berbeza pula industri yang ingin dilindunginya.

Di peringkat negara-negara Asean ada sebuah perjanjian bebas yang dikenali sebagai Zon Perdagangan Bebas Asean atau lebih dikenali sebagai AFTA. Objektif utama AFTA ialah untuk mewujudkan suasana kompetitif dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara Asean. Negara-negara Asean yang terlibat sudah pun mematuhi apa yang patut dipersetujui melalui perjanjian tersebut di dalam beberapa bidang ekonomi dengan Malaysia membuat penangguhan di dalam sektor automotif. Sebab itu ada rakyat kita yang pulang dari melancong ke Indonesia mengadu harga kereta di sana seperti Honda Jazz atau Toyota Vios lebih murah. Bagi mereka yang ke luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom atau Jepun pula biasanya akan merungut benda yang sama. Tidak perlu contoh jauh sebenarnya, jika disemak harga kereta di Pulau Langkawi pun rakyat sudah boleh lihat perbezaan struktur cukai yang dikenakan. Hakikatnya, kerajaan mengenakan cukai yang lebih kerana mengikut pendapat mereka, industri automotif tempatan perlu dilindungi. Selain daripada itu, cukai kenderaan merupakan hasil pendapatan negara. Walau bagaimanapun, kerajaan dijangka menurunkan cukai dalam masa beberapa tahun lagi bagi menghormati perjanjian AFTA sepenuhnya. Di dalam sektor automotif, Thailand dilihat lebih ke hadapan dalam menarik pelabur asing hingga digelar sebagai Detroit of the Asia. Ini boleh dilihat dengan kehadiran pengeluar utama dunia seperti Ford dan Toyota yang menjadikan negara itu sebagai pengkalan utama dalam mengeksport model utama syarikat. Bukti nyata ialah hampir kesemua pikap yang dibawa masuk ke negara kita dikilangkan di Thailand dan terdapat beberapa model lagi seperti Toyota Vios, Honda Jazz dan sebagainya.

turunkanhargakereta 2013.03

Namun, matlamat utama AFTA ialah untuk berkongsi kekayaan, jika kesemuanya tertumpu kepada Thailand sahaja maka itu adalah suatu yang tidak seimbang. Mujur, Honda menjadikan Malaysia sebagai pengkalan untuk mengeksport kereta penumpang seperti Honda City dan Honda Accord ke Thailand. Ironinya, Malaysia adalah peneraju industri automotif dengan pengenalan Proton, Perodua dan Modenas dan nampaknya sekarang Thailand lebih mendahului. Tidak dinafikan kos murah juga antara faktor kenapa pelabur asing suka ke Thailand. Tidak duduk diam, kerajaan dikatakan telah menyemak semula Dasar Automotif Nasional dan khabarnya tumpuan akan diberikan didalam industri kenderaan cekap tenaga. Ini boleh dilihat dengan cukai kenderaan hibrid yang rendah serta program pemasangan Honda Jazz Hybrid di Melaka. Selain daripada itu kerajaan dilihat sudah lebih berlonggar dalam isu harga di mana kita boleh lihat bagaimana segmen kereta bandar diliberalkan. Harga Nissan Almera misalnya bermula daripada RM66 ribu dan itu sebenarnya sudah memasuki kawasan harga kereta nasional. Kia juga agresif, lihat bagaimana mereka meletakkan harga produk-produk mereka, jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kereta Jepun. Harus tahu, Forte adalah antara saingan utama Proton Inspira.

Honda Jazz Hybrid.02

Untuk Pilihanraya ke 13, PR telah membuat hantaran bulu tangkis dengan janjinya untuk menurunkan cukai sebanyak 100 peratus dengan kadar 20 peratus setiap tahun selama lima tahun. Sedikit lambat dan teragak-agak untuk menyambut bola tangkis tersebut, kerajaan akhirnya mengumumkan penurunan cukai sebanyak 20 hingga 30 peratus secara beransur-ansur. Tidak kira mana pun pasukan yang memperolehi mata akibat jatuhan bulu tangkis tersebut, rakyat akhirnya dapat menyaksikan perlawanan yang menyeronokkan. Hasil akhirnya nanti sama ada 100 peratus atau 30 peratus yang turun, rakyat tetap akan menikmati penurunan cukai kereta. Nampak dan rasa seperti seronok namun apa yang sebaliknya bakal berlaku ialah kereta yang anda miliki sekarang ini akan mempunyai nilai hangus.

Nilai kereta anda akan jatuh akibat daripada penurunan harga kereta baharu. Senarionya mudah, jika sebuah Honda Jazz baharu kelak berharga RM70 ribu, tidak mungkin Honda Jazz yang sudah anda pakai selama tiga tahun dengan harga belian yang lebih mahal mempunyai nilai yang sama, secara automatiknya nilai Honda Jazz anda akan turut jatuh. Bayangkan jika baki pinjaman bank masih lagi ada RM70 ribu sedangkan nilai semasa sekitar RM60 ribu. Secara langsungnya baki pinjaman lebih tinggi daripada nilai semasa dan anda harus menunggu hingga nilai pinjaman berkurangan atau pun pakai sampai reput sahaja! Menikmati harga kereta yang murah memang indah namun kesannya harus difikirkan juga. Walau bagaimanapun, contoh yang saya tunjukkan itu hanyalah kesan sementara atau untuk satu kitaran sahaja. Selepas cukai habis diturunkan mengikut apa yang dijanjikan oleh kerajaan dan hutang pula telah dilangsaikan anda boleh menikmati harga baharu kereta dengan senyuman. Orang kata, greater good.

Proton Preve Cherating 2012.12

Namun begitu, untuk mengekang kesan melampau akibat penurunan harga secara mendadak, kerajaan boleh mengambil model negara jiran seperti Indonesia atau Thailand. Di sana, walaupun harga kereta murah namun akses kepada kereta adalah sukar. Di negara kita, jumlah pinjaman adalah 90 peratus, kadar faedah (interest) pula rendah dan tempoh pinjaman pula panjang. Jadi dengan akses sedemikian tidak hairanlah ramai sungguh yang membeli kereta baharu dan faktanya pula ramai juga yang bankrap dek kerana gagal membayar pinjaman kereta. Di negara jiran, rakyatnya tidak menikmati kemudahan tersebut walaupun harga kereta murah. Apa yang kerajaan kita boleh buat ialah dengan menyemak semula syarat pinjaman kereta baharu seperti mengurangkan jumlah pinjaman kepada 80 hingga 70 peratus dan mengurangkan tempoh pinjaman dari 9 tahun kepada 7 atau 6 tahun sahaja. Lebih rigid, kereta kedua atau ketiga dihadkan jumlah pinjaman sebanyak 50 peratus sahaja.

Ada satu cara lagi iaitu dengan mengekalkan harga sedia ada tetapi dengan penambahan nilai. Misalnya Proton Preve CFE yang berharga RM73 ribu dibesarkan lagi pakej standardnya seperti penambahan beg udara, kit badan, insurans dan servis percuma dan waranti yang lebih lama tanpa sebarang penambahan harga. Cara-cara tersebut boleh dibuat dalam tempoh sehingga pasaran stabil dan juga dilihat dapat mengekang kebanjiran pembelian baharu dan pada masa yang sama memelihara harga kereta semasa dan industri kereta terpakai. Paling penting kerajaan juga mempunyai tanggung jawab dalam mendidik masyarakat supaya membeli ikut kemampuan dan berdisiplin dalam berbelanja. Pilihanraya sudah tidak lama, manifesto lawan manifesto, kita lihat pihak mana yang akan berjaya nanti.

Garaj Kosmo

@muhd_gt

Silakan kongsi:

12 comments

Skip to comment form

    • jay on 27/04/2013 at 12:42 PM
    • Reply

    yg ini saya setuju.

    • pelug on 27/04/2013 at 1:06 PM
    • Reply

    info yang berguna dan tidak bias. good job mad!!

    • bad on 27/04/2013 at 2:38 PM
    • Reply

    Very good write up dan cukup informatif.

    • rafi on 29/04/2013 at 9:45 PM
    • Reply

    money festo…

    • fris on 01/05/2013 at 2:38 PM
    • Reply

    🙂

    • YuRi on 04/05/2013 at 10:44 AM
    • Reply

    warga industri automotif seperti saya perlu siap sedia dengan resume baru…jumlah kami bukan sedikit…antara penyumbang utama cukai kerajaan negeri Selangor…anda akan lihat nanti org Melayu tetap pakai Proton/Perodua…yg untung hanyalah geng mata sepet…jgn salahkan mereka,kerana itu adalah kemampuan kaum mereka yg senantiasa bersatu padu…

    • jabroni on 19/05/2013 at 12:33 PM
    • Reply

    too much politics by the idiot… so stupid!

    • mat on 30/05/2013 at 4:00 AM
    • Reply

    sekadar berkongsi, mmg sokong kurangkn cukai@xda cukak kenderaan sbb eden nak beli kete murah. tapi menda yg slh,kiter kena betulkan,ye x. afta bukan bermaksud tanpa cukai di negara asean,itu yg biasa org slah phm. afta bermaksud tiada cukai tambahan antara negara asean,tetapi cukai tempatan masih boleh dikenakan. sbb itu,dithailand masih ujud lagi cukai antara 20% ke 60% cukai kenderaan,begiu juga dgn indonesia,begitu juga dgn singapura dan negra asean lain termasuk malaysia

    sinagapura pun dh afta,tp apsal rega kete mahal giler? sbbnya afta xmenyekat cukai domestik yg manabarangan keluaran tempatan pun kena bayo. yg xbleh, yg luar kena cukai tambahan,tp local xkena. malaysia dh masuk afta masa dimansuhkan cukai import bg kenderaan yg 40% parts dia dtg dr negara asean(tp jgnslh,kete jdm bukn dr asean coz jepun bukan asean, tp asia,cume kete nippon yg pasang n part2 yg dibuat dinegara asean tertakluk untuk patuhi afta,klu kenderaan luar,itu wto plak,itu kes lain)seperti yg termaktub dlm afta.

    soalnya sekarang,bukan afta,tp struktur cukai dalaman@ eksais bg kete terlalu tinggi termasuk kete tempatan sbb struktur cukai sama,jumlah peratuspun sama, tiada rebet sejsk 2005, so dh fair n square. soalnya haru diturunkan duti eksais atleat ke 60% seperti thailand,atau lebih baik 50%, walupun malaysia dh afta,tpmasih ada pengeluar tidak.menjrunkan rega kete,mahupun menambh baik spec yg ada. xkan org xprassn yg fiesta,sama segmen gn vios dan city,tp nape rega fiesta lebih murah n spec lg tinggi sedangkan masing2 adalah dipasng diasean?

    bukan sahaja mekanisma cukai kens kurang,tp sikap pembuat n pengedarvyg enggan menurunkan rega kete harus dipantau. klu lihat di negara asean lain, kete nippon made in asean,spec lebih baik dr malaysia,malahan,fiesta dgn spec yg byk lebih mahal reganya disana dr kete nippon lain,tetapi dimlaysia,terbalik.
    mitsu lancer jdm cbu 2.0,versus civic 2.0 n altis 2.0,mana lg murah?sdgkn lncer cbu nippon,yg bukan asean,alti n civic,asean,yg xdikenakan duti import.

    bukan nk mengsjar,skdr berkongsi supaya kita xterslah bg mklumat dlm blog automotif tempatan. maaf dipinta,smoga maju jaya geartinggi@topgear dlm bhasa omputih. pejuang blog auto tempatan.

    1. @Abg Mat

      Nadi utama kawasan perdagangan bebas sebenarnya diwujudkan utk mengurangkan atau menghapuskan halangan supaya barang perdagangan bebas keluar-masuk. Kalau ada sesebuah negara mewujudkan halangan seperti cukai maknanya tujuan sebenar perdagangan tu kurang tercapai. Masalah dengan AFTA ialah tiada badan kawal selia, kalau tak patuh pun siapa yang ambil dan apa tindakan yang boleh dibuat. Jadi negara lain akan membalas dengan mengenakan cukai pada negara yang mengenakan cukai terhadap barang mereka yang diimport masuk.

      Pasal harga pula, sebenarnya sesebuah syarikat boleh berunding dengan kerajaan bagi meminta pelepasan untuk menawarkan sesuatu harga berdasarkan faktor seperti pemain baru, insentif pelaburan dan sebagainya, sebab itu ada harga berbeza walaupun di dalam segmen yang sama. Selain daripada itu, (setahu saya) harga jualan kenderaan masih lagi memerlukan kelulusan pihak berkuasa dan bukan ditentukan oleh pengeluar semata…

    • seposen on 08/06/2013 at 8:49 AM
    • Reply

    sekurang-kurangnya harga kereta b-segmen dan c-segment murah macam negara jiran. tq

    • supsui on 22/06/2013 at 10:55 PM
    • Reply

    ikut mcm amerika.

    • awesome on 24/06/2013 at 1:07 AM
    • Reply

    macam thailand dan indonesia. honda jazz murah macam saga..

Leave a Reply to seposenCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.