Pemilik Pertama Honda Jazz Hybrid Terima Kit Mugen dan Tiket F1 Percuma

Honda Malaysia telah menyerahkan Jazz Sport Hybrid i-DCD kepada pembeli pertama, Puan Aneesa Binti Abdul Rashid yang bertempat di Honda Global Amity di Bangi.

Malaysia ialah satu-satunya negara di luar Jepun yang menawarkan teknologi pintar sistem dual klac hibrid yang dimuatkan dalam Jazz Hybrid baharu.

Sebagai penghargaan, Honda Malaysia menghadiahkan Puan Aneesa kit badan penuh Mugen dan tiket perlumbaan Formula 1 yang kesemuanya bernilai RM6,350.

Honda Jazz facelift dilancarkan pada awal Jun lalu dan telah menerima sambutan menggalakkan apabila lebih dari 1300 unit telah terjual dalam masa dua minggu sahaja.

Jazz yang dilancarkan pada 2014 adalah peneraju segmen dan model paling popular di antara ketiga-tiga generasi dengan jualan sudah melebihi dari 48,000 unit.

Selain itu, di negara asalnya di Jepun, penerimaan kenderaan hibrid yang dilengkapi sistem i-DCD begitu menggalakkan dengan jualan sudah hampir kepada 865,000 unit sehingga Jun lalu. Jualan kenderaan hibrid di Jepun sudah menghampiri 1.42 juta unit sejak teknologi tersebut diperkenalkan  pada 1999.

Jualan kumulatif Honda Jazz Hybrid di peringkat global pula sudah melebihi 525,000 unit.

 

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.