Pelekat Kereta Logo Harimau Proton R3 – RM420!

Proton Satria Neo R3 2014.02

Pasukan dan produk barangan Race.Rally.Research (R3) sememangnya popular di kalangan penggemar kereta Proton. Harus tahu, R3 bukan sahaja dipercayai oleh rakyat biasa malah terdapat keluarga Diraja dan VVIP menghantar kereta Proton mereka untuk ditala dan direstorasi semula.

Jika diperhatikan di atas jalan raya rata-rata kereta Proton yang dimodifikasi mempunyai pelekat R3 sama ada kecil atau besar sebagai pengesahan kepada prestasi jenama itu. Anehnya kereta bukan buatan Proton juga turut mempamerkan pelekat R3.

Khusus untuk mereka yang gemarkan produk asli berbanding tiruan, Proton R3 kini menawarkan pelekat eksklusif logo kepala Harimau pada sisi kereta dan pelekat bonet enjin. Pelekat ini boleh ditampal pada kesemua kereta Proton pada harga RM420 dan kos penampalan sebanyak RM70 sejam. Pelekat eksklusif ini diinspirasikan oleh grafik rasmi Proton Satria Neo S2000 yang banyak memenangi perlumbaan rali di peringkat Asia.

Kepada yang berminat, sila hubungi 03 8074 5888 atau emel safida@proton.com

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.