Peledak Beg Udara Honda: 59.5% Bahagian Penumpang Sisi Selesai, Stok Kini 100 % Tersedia

Honda Malaysia adalah pengeluar yang aktif dalam proses penggantian peledak beg udara Takata sejak tahun 2014 lagi. Sehingga Ogos 2017, kadar penukaran peledak bahagian pemandu telah mencecah 81.2 peratus manakala penumpang sisi pula sebanyak 59.5 peratus.

Selain itu, Honda Malaysia juga memaklumkan tahap kesediaan stok kini sudah pun mencapai 100 peratus untuk kedua-dua bahagian pemandu dan penumpang sisi.

Bagi meneruskan program ini, Honda akan mengekalkan lokasi penukaran sedia seperti di pusat membeli belah dan stesen minyak Petronas terpilih.

Honda Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) di atas sokongan kuat dan kerjasama dalam menjayakan program penukaran peledak beg udara ini.

Hab Honda Malaysia di pusat membeli belah terpilih di semenanjung Malaysia akan beroperasi di setiap hujung minggu pada bulan Ogos. Menariknya, pelanggan tidak perlu membuat temu janji bagi menukar peledak yang terjejas di hab pusat membeli belah dan juga stesen minyak Petronas.

Temu janji walau bagaimanapun diperlukan untuk proses penukaran di pusat servis rasmi Honda Malaysia.

Pelanggan boleh memeriksa status kenderaan mereka di laman web www.honda.com.my dan www.productrecall.honda.com.my atau membuat panggilan ke talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

Butiran tentang lokasi penukaran peledak udara Takata boleh dimuat turun dari sini.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.