Pelajar kolej menang Perodua Axia sempena karnival MYPerodua Nation

Ahmad Irfan Ismail menerima sebuah Perodua Axia 1.0L Advance sempena karnival MYPerodua Nation

Pemuda berusia 25 tahun, Ahmad Irfan Ismail nyata dimurahkan rezeki apabila beliau menerima sebuah Perodua Axia 1.0L Advance iaitu hadiah utama cabutan bertuah karnival MYPerodua Nation yang diadakan di Shah Alam pada 20 hingga 22 Januari 2017.

Ahmad Irfan yang merupakan penuntut Management dan Science University (MSU) menerima hadiah itu daripada Dato’ Dr. Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd.

Pelbagai acara dianjurkan sempena karnival itu yang sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa kualiti bersama termasuk informasi mengenai Perodua. Karnival MYPerodua Nation kedua akan dianjurkan beberapa bulan lagi di lokasi berlainan sesuai dengan hasrat Perodua untuk bertemu pelangganya di seluruh negara.

Perodua Axia Advance

Pada majlis yang sama, lima ahli UFirst menerima hadiah cabutan bertuah mereka. Mereka adalah kumpulan terakhir dari 15 pemenang Cabutan Bertuah Tahunan UFirst yang diadakan pada penghujung 2016.

Pemenang diberi pilihan untuk hadiah yang dimahukan sama ada peralatan elektrik atau rumah, telefon pintar dan melancong atau baucar servis bernilai RM2,600.

UFirst adalah program kesetiaan pelanggan berasaskan aplikasi telefon untuk kemudahan dan penjimatan ahlinya. Aplikasi itu terbuka untuk semua tanpa mengira status pemilikan kereta dan ia boleh dimuat turun dari stor aplikasi telefon.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.