Pasukan Rali Proton Bersedia Untuk Bersaing di New Zealand

Proton Satria Neo S2000 APRC New Zealand 2011.01

Dengan dua kemenangan daripada tiga pusingan serta mendahului kategori pemandu dan pengeluar di dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC], Proton akan menyertai Rali Antarabangsa Whangarei di New Zealand pada hujung minggu ini dengan sasaran untuk mendominasi mata sebagai peneraju musim 2011.

Proton mendapat tempat kedua di New Zealand tahun lepas dan dengan kemenangan Chris Atkinson di New Caledonia baru-baru ini, pasukan yakin untuk meraih podium sekali berdasarkan pakej baru pada kereta Satria Neo S2000 yang menjadikannya lebih kompetitif.

Rali Whangarei bakal bermula pada Jumaat dengan 16 peringkat perlumbaan [SS] yang merangkumi 301.90km jarak perlumbaan dalam masa tiga hari. Walaupun litar di sana rata dan mesra kereta berbanding venue APRC lain namun suhu dan cuaca yang tidak menentu merupakan cabaran utama buat pemandu dan pasukan. Selekoh yang lebar pula membolehkan pemandu melontar kereta mereka dengan laju.

-Mak/d Uia-

Matpon: You know what this means? This going to be an exciting race? You know race haram? But this is not race haram. Today is Friday. Sekian.

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • Alteja on 15/07/2011 at 8:53 AM
    • Reply

    ” Selekoh yang lebar pula membolehkan pemandu melontar kereta mereka dengan laju”…. perghhhh, boleh tahan ayat budak UIA ni

    • belalang_kontot on 15/07/2011 at 8:55 AM
    • Reply

    Good luck proton!
    Matpon sengal!hahahahahahahahahahahahahahahahahariraya…

    • DaihatsuKancil on 15/07/2011 at 9:13 AM
    • Reply

    Mat Pon dont know race haram coz Mat Pon dont know sepatah haram….. hahaha…

  1. melontar ? mcm sukan lontar peluru aje keh keh

  2. melempar takleh?…kekekeh

  3. ok, gua sapot tim Proton sama GSR

  4. Aku memang support malaysia team,aku memang berharap sangat supaya malaysia mampu menaikkan jenama proton di persada antarabangsa

    • madee on 16/07/2011 at 7:07 PM
    • Reply

    gua sentiasa di belakang lu orang…all the best

    • teamsleepnine on 16/07/2011 at 7:41 PM
    • Reply

    Day1 proton 1-2….chris atkinson lead…followed by mcrae I’m 2nd place…LIKE A BAWSE!!!

    • teamsleepnine on 16/07/2011 at 7:42 PM
    • Reply

    I mean in 2nd place

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.