Pasukan Proton R3 Sasar Pertahan Penguasaan Dalam MSS

Proton R3 Satria Neo MSS 2011.08

Pasukan Proton R3 mensasarkan untuk melebarkan penguasaan mereka di pusingan kedua Malaysian Super Series 2011 [MSS] pada hujung minggu ini. Pasukan memenangi tempat kedua pada heat 1 dan pertama pada heat 2 pusingan pertama MSS pada April lepas yang juga merupakan perlumbaan sokongan untuk Formula 1.

Pada perlumbaan itu, pelumba terkenal negara, Faidzil Alang memandu Proton R3 Satria Neo dan pada pusingan kedua nanti beliau akan disertai oleh pelumba muda iaitu Syafiq Ali dengan kereta Proton R3 Gen.2.

Proton R3 Satria Neo MSS 2011.01

“Dalam masa singkat Syafiq berlumba, beliau telah membina reputasi sebagai seorang yang pantas, berdisplin dan senang berkerjasama. Kami gembira dengan kembalinya beliau dalam pasukan Proton R3,” kata Tengku Djan Ley, Ketua Kejuruteraan, Divisyen Permotoran Proton. “Bersama-sama Faidzil Alang, tiada pasukan yang lebih baik daripada ini yang boleh kami minta.” tambah beliau.

“Pepatah lama, menang pada Ahad dan menjual pada Isnin masih lagi relevan untuk Proton R3. Kemahiran dan pengalaman yang dipelajari dalam perlumbaan rali dan trek diaplikasikan pada kenderaan edisi terhad R3. Pemilik kenderaan Proton boleh melengkapkan kenderaan mereka dengan aksesori dan peralatan R3 yang telah diuji di dalam makmal dan perlumbaan.” kata Datuk Abdul Razak Dawood, Ketua Divisyen Permotoran Proton.

Sementara itu, Cusco telah mengesahkan pembelian 30 unit Proton Satria Neo untuk kegunaan rali.

-Mak/d Uia-

Muhammad

13 Comments

  1. Artikel ni, aku nampak, ada 2 perkembangan yg sedang diperhebatkan. 1st, mutu keluaran Proton dgn teknologi sendiri (cth: Satria Neo & CPS) & 1 lagi “tingkatnaik” R3. Pasal pemandu, belum nak komen sebb tak kenal lagi. Maknanya, kepala otak org Malaysia ni, setaraf dgn semua yg maju didunia ni, tapi belum di “fully utilised” kan. Mana aku nak cekau duit ni beli Satria???

  2. off topic jab..matpon…persona R nti die pkai CPS n/a ke CPS turbo?

    gua nk lu jadik spy gua!! gua upah lu rm 2.5 ringgit..

  3. “Pepatah lama, menang pada Ahad dan menjual pada Isnin masih lagi relevan untuk Proton R3. Kemahiran dan pengalaman yang dipelajari dalam perlumbaan rali dan trek diaplikasikan pada kenderaan edisi terhad R3. Pemilik kenderaan Proton boleh melengkapkan kenderaan mereka dengan aksesori dan peralatan R3 yang telah diuji di dalam makmal dan perlumbaan.” kata Datuk Abdul Razak Dawood, Ketua Divisyen Permotoran Proton.

    Kepada Encik Dawood, saya baru sahaja cuba nak beli aksesori R3. Baru je pagi tadi call proton. Dengan barang mahal giler, xpela, xkesah – barang performance katakan. tapi apasal servis cas untuk penghantaran je mencecah rm 1600, baru front diffuser masuk nak borong ekzos dan rim R3? itupun orang proton tu sendiri xtahu apa benda front diffuser.

    Aritu ada sorang dealer jual murah di internet barang2 r3 neh, tapi ditarik balik sebab proton kata dia jual murah. so, apa kes dia nak jual murah? masalah poket di sendirilah nak jual murah. nak iklan kat internet pun problem ke? nak beli sendiri barang r3 pon payah giler.

    lepas ni, r3 pakai sendiri la barang ciptaan anda tu.
    Proton sendiri yang melingkupkan nama R3.
    bongok betol proton. tingkap blakang neo cps aku tu pon ada karat. kata kreta baru.

    Malu btol.

  4. “Pepatah lama, menang pada Ahad dan menjual pada Isnin masih lagi relevan untuk Proton R3. Kemahiran dan pengalaman yang dipelajari dalam perlumbaan rali dan trek diaplikasikan pada kenderaan edisi terhad R3. Pemilik kenderaan Proton boleh melengkapkan kenderaan mereka dengan aksesori dan peralatan R3 yang telah diuji di dalam makmal dan perlumbaan.” kata Datuk Abdul Razak Dawood, Ketua Divisyen Permotoran Proton.

    Kepada Encik Dawood, saya baru sahaja cuba nak beli aksesori R3. Baru je pagi tadi call proton. Dengan barang mahal giler, xpela, xkesah – barang performance katakan. tapi apasal servis cas untuk penghantaran je mencecah rm 1600, baru front diffuser xmasuk nak borong ekzos dan rim R3? itupun orang proton tu sendiri xtahu apa benda front diffuser.

    Aritu ada sorang dealer jual murah di internet barang2 r3 neh, tapi ditarik balik sebab proton kata dia jual murah. so, apa kes dia nak jual murah? masalah poket di sendirilah nak jual murah. nak iklan kat internet pun problem ke? nak beli sendiri barang r3 pon payah giler.

    lepas ni, r3 pakai sendiri la barang ciptaan anda tu.
    Proton sendiri yang melingkupkan nama R3.
    bongok betol proton. tingkap blakang neo cps aku tu pon ada karat. kata kreta baru.

    Malu btol. gua saspek org proton ni kerja macam org kerajaan la.

  5. kepada gonjrong…lu apsal nak samakan org proton ngan org kerajaan?…

  6. gon jangan marah….cuba refer dekat center of excellence…..sebab bukan semua pengedar proton carry r3 punya brand…dan bukan semua pengedar proton tu proton….

  7. 6posen, aku penah terbaca 1 artkel dr The Sun Online. Katanya, Exora Tubo yg ko dambakan ni akan kuar suku tahun ke-3 2011, maknanya antara Julai, Ogos atau September.

    Ni petikan dari The Star Online bertarikh 23 April 2011;

    “Meanwhile, Proton plans to introduce a turbo-charged version of its 1.6-litre Campro engine for the Exora MPV in the third quarter of this year”

  8. AKu kalo ngidam, buat loan 10 tahun, zero deposits. Bulan-bulan makan Maggi, tu pun malam je, Isnin & khamis puasa macam Mat Pon

  9. …aku da tepu mkn mggi n sardin…ada xde, kasi setel dlu kete skunk, pas2 br leh cite…elak aku terbwk ke mmpi jek nihh

Kata Anda//