PAS: Mazda2 R Grade

Mazda2 Spec R.10

Sebelum tajuk entri ini jadi kontroversi, PAS merujuk kepada pandu uji singkat yang mana pandu uji yang dibuat dalam jarak pendek. Ini Matpon punya idea. [Matpon: Tipu!]

_____________

Mazda2 adalah kereta terbaik dunia pada tahun 2008 dan bermula April lepas rakyat tempatan boleh memilikinya. Kereta ini comel – sifat wajib kereta masa kini dan sesuai untuk kedua-dua jantina sama ada lelaki atau wanita. Setelah masa agak lapang, beberapa minggu lepas baru saya dapat pandu uji kereta ini selepas berbulan janji dengan Wan, eksekutif jualan Mazda.

Mazda2 Spec R.06

Impresi Pertama

Pertama kali masuk ke dalam kereta, postur kerusi kena dengan badan saya yang agak tinggi, butang-butang pada papan pemuka mudah dicapai dan pandangan ke hadapan agak selesa, orang kata secocok atau just nice. Stereng juga tidak kasar dan sedap dipegang. Apabila kunci diserahkan, kereta dihidupkan dan terus diundur keluar dari kawasan bilik pameran, destinasinya adalah sekitar lebuh raya persekutuan dan Petaling Jaya.

Sesudah kereta bergerak perkara pertama yang diuji ialah daya pecutannya dan ternyata kereta ini ada kuasa, tidak lembap dan lebih kurang sama dengan Honda Jazz, bermakna agak yakin untuk memotong sebab kereta bersesaran 1.5 liter dengan transmisi auto agak lesu untuk memotong, salah teknik silap-silap tidak lepas dan paling haru kalau ada kenderaan datang dari arah hadapan.

Mazda2 Spec R.09

Pemanduan dan Pengendalian

Ujian seterusnya ialah pada pemanduan dan pengendalian. Perkara pertama yang saya perasan adalah sterengnya yang sedikit berat dan ketat, ciri yang bagus sebab stereng yang ringan akan menyebabkan kereta terapung-apung pada kelajuan tinggi. Tamat jalan lurus tibalah masanya untuk menguji kereta ini di selekoh, kelajuan dikekalkan untuk melihat sejauh mana kereta dapat mengekalkan kestabilannya.

Pada kelajuan sederhana Mazda2 tidak terlampau beroleng [roll], kereta masih lagi stabil mengikut garisan selekoh yang dipilih dan pada saya kereta ini lulus untuk aspek tersebut. Saya agak cerewet dalam bab selekoh sebab kereta yang gagal dari segi pengendaliannya adalah merbahaya kerana pemandu mungkin terkejut apabila arah kereta tidak selari dengan putaran stereng, bermakna tidak guna kereta laju di jalan lurus tetapi gagal diselekoh. Van atau MPV yang tidak berapa sedap pengendaliannya boleh diterima tetapi tidak untuk kereta penumpang.

Mazda2 Spec R.03

Keselesaan

Selepas ujian selekoh satu lagi perkara yang saya gemari ialah melalui jalan berlopak. Kereta yang saya setuju untuk anda beli ialah yang mana casisnya boleh menyerap hentakan dengan selesa kerana kereta yang bergegar satu alam bila melalui jalan berlopak boleh dianggap mempunyai struktur yang biasa-biasa. Moralnya ialah jika hendak membeli kereta, amat penting untuk anda pandu uji terlebih dahulu, cari tempat yang mana keselesaan kereta boleh diuji sebab bila dah terlajak beli walaupun boleh masuk gear undur tetapi susah untuk dijual balik. Harga jatuh banyak. Untuk Mazda2 bila mana pengendalian dah lulus begitu juga dengan dengan tahap gegarannya, lopak yang dilalui diserap dengan baik, bunyi ‘dhup’ kedengaran dan tiada bunyi terhentak pada perkakasan lain atau stereng bergegar-gegar.

Mazda2 Spec R021

Kesimpulan

Setelah sampai semula ke bilik pameran, saya berpuas hati dengan Mazda2 R grade sebab suspensinya yang bagus. Kereta ini paling ideal untuk kegunaan bandar dan juga sesuai untuk pemanduan jarak jauh sebab ianya selesa walaupun bersaiz kompak. Cuma dipasarkan agak lewat dalam negara dan jika pada waktu sesuai saya yakin jalan raya kita akan dipenuhi dengan model ini. Pesaing sekelasnya ialah Suzuki Swift, Toyota Yaris dan terkini Ford Fiesta.

Kepada yang ‘nak cuba try test’, boleh hubungi Wan [019 396 2319] dan untuk makluman Mazda sedang menawarkan promosi menarik untuk beberapa model termasuk Mazda2, jimat RM2 ribu hingga RM3 ribu.

Harga varian Mazda2 Hatchback [RM]:

R Grade: 85,189.50

V Grade: 82,111.50

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • C27 on 29/11/2010 at 8:30 AM
    • Reply

    macam kena aja tajuk kat atas tu dgn kaler kete.. =D

    • Sekeru Ketat on 29/11/2010 at 8:51 AM
    • Reply

    aku rase mcm tu gak

    • belalang_kontot on 29/11/2010 at 10:20 AM
    • Reply

    “Pada kelajuan sederhana Mazda2 tidak terlampau beroleng [roll], kereta masih lagi stabil mengikut garisan selekoh yang dipilih dan pada saya kereta ini lulus untuk aspek tersebut. Saya agak cerewet dalam bab selekoh sebab kereta yang gagal dari segi pengendaliannya adalah merbahaya kerana pemandu mungkin terkejut apabila arah kereta tidak selari dengan putaran stereng, bermakna tidak guna kereta laju di jalan lurus tetapi gagal diselekoh. Untuk van atau MPV mungkin boleh diterima tetapi tidak untuk kereta penumpang.”-pengalaman mengajar erti kehidupan..betul tak mak?teringat dlm MK penah cite pasal satria terubuk lu terbabas..huhu

  1. ok ..lepas ni gua nak cadang GT buat review mcm best motoring tapi versi msia.. gather semua segmen compact (swift, jazz, myvi, mazda2, yaris) lepas tu test 3 round kat sepang .. panggil laa rider2 handalan kat trek mau pun kat rally suruh test handling dan speed keter ni.. kita kena tiru yg baik even jepun dah buat hehehe ..macam? GT.com buat video camni gua rasa ramai minat nak tolong hehehe

    • bawang on 29/11/2010 at 10:24 PM
    • Reply

    menarik….green peace..apple green..

  2. Tak pasal gua yang dapat nama.

    • encikpadil on 01/12/2010 at 6:52 PM
    • Reply

    macam best je kan? tp tunggu seken hen la karang, murah sket kot…

    • joebalok on 20/03/2011 at 10:34 PM
    • Reply

    klu nak 2nd hand ada…aku nak jual…nak angkat mazda6 lak

Leave a Reply to C27Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.