Paris: Mazda Pamer 3 Kereta

Mazda2.03

Pada Pameran Kereta Paris nanti Mazda akan mempertontonkan tiga model dengan penggunaan minyak dan emisi yang rendah. Kereta bandar Mazda2 yang dinobatkan sebagai World Car of the Year 2008 akan diperkenalkan dengan beberapa perubahan seperti fasia baru, dalaman yang dinaiktaraf, enjin Euro 5, chasis yang dipertingkatkan untuk lebih keselesaan dan transmisi automotik.

Beberapa bulan lepas Mazda2 telah diperkenalkan di tempat kita tetapi macam biasalah, model hatchback tak laku berbanding versi sedan.

Mazda5.02

Turut diperkenalkan ialah Mazda5 dengan bahasa desain baru dan dengar kata gayaan ini adalah yang terakhir untuk Mazda sebab perekanya sudah berpindah ke Renault. Mazda5 yang akan diperkenalkan ini dipasang dengan enjin 1.6 liter diesel yang katanya hanya menelan 5.2 liter minyak untuk 100km dan berkuasa 115ps. Enjin ini juga 15 peratus lagi rendah CO2 nya berbanding enjin 2.0 liter diesel sebelumnya. Dipadankan dengan enjin baru tersebut ialah transmisi enam kelajuan manual. Iya, seperti juga kata Amid pemandu Eropah lebih gemar memandu kereta diesel dan gear manual. Tak dilupakan ialah konfigurasi kerusi penumpang Karakuri yang boleh memuatkan tujuh orang.

Mazda3.01

Selain dari dua model yang dinyatakan, model lain yang bakal dipamerkan ialah Mazda3 dengan enjin MZ-CD 1.6 liter yang telah dipertingkatkan kuasa dan torknya disamping penggunaan minyak dan emisi rendah. Enjin ini 6ps lebih berkuasa dan 12 peratus lebih tork. Kotak gear adalah standard Eropah, 6 kelajuan manual.

Produk Mazda memang menarik, cuma harga yang tinggi berbanding Honda dan Toyota menyebabkan ramai pembeli tempatan tak terpandang jenama ini.

Baru-baru ini Baii dah jual Mazda MPV dan sekarang memandu Mazda Premacy.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

16 comments

Skip to comment form

  1. Baii kaye tu sbb leh pkai Mazda

  2. bukan takmo beli.. tapi apahal tah mazda ni resale value tak secun toyota sama honda sama nissan.. boleh explain sikit tak?

    • John Kumbang on 27/08/2010 at 2:24 PM
    • Reply

    Mazda buat keta pakai sampai hancur….. so, tak yah piker nak jual……

    • smut_liar on 27/08/2010 at 2:50 PM
    • Reply

    pengguna keta skrng dah x mcm dlu..
    pakai 3 4 thun je pas 2 jual.. tul x..

  3. JK

    itu untuk org yg nak pakai sampai lunyai..gua nak continous berutang sampai pencen hehe

    • azwan nbs on 27/08/2010 at 4:28 PM
    • Reply

    kerusi karakuri…???
    bole sesiape tolong jelaskan sikit tak….

  4. karakuri=kokurikulum kot…haha..

  5. ataupun adik bradik ngan kura-kura..kui..kui..kui..

  6. Wellll….bg gua masa utk bertenang dulu ok. Penat keje perlu rehat rupanye kan kan kan.

    • 5ruz on 28/08/2010 at 3:15 AM
    • Reply

    Apsal Mazda 2 hatchback x laku padahal Jazz/Fit,Myvi/Passo,dgn Swift laku gak kat M’sia ni pelik…

    • bawang on 28/08/2010 at 3:59 AM
    • Reply

    pendapat saya..bagi model2 baru mazda resale value dah cantik..2nd hand mazda 5 tahun 2006 pon still 100k keatas,lebih kurang dgn honda stream..mazda 6 pon memang model yang di buru..mazda 6 2.5 resale value lagi bagus dari accord 2.4..

    satu lagi bkn semua model toyota,honda n nissan value bagus..cuba perhatikan..camry dgn accord..model,tahun dan cc yang sama..value camry lebih bagus dari accord..maknanya toyota menang dlm segmen nih
    tp bila compare corolla altis dgn civic..resale value civic lebih bagus dari altis…
    ni adalah pemerhatian saya..dalam the star dan motor trader..
    t.q

    • bawang on 28/08/2010 at 5:11 AM
    • Reply

    Karakuri seat pada model mazda5 adalah…seat untuk 2nd row direka,boleh diubah untuk memuatkan dari 2 ke 3 penumpang..maknanya seat bahagian tengah tu boleh duduk 3 atau boleh disimpan tempat duduk tengah menjadi kan hanya 2 penumpang sahaja boleh duduk..http://sitesearch.mazda.jp/?ref=http%3A%2F%2Fwww.mazda.com%2Fpublicity%2Frelease%2F2007%2F200711%2F071106.html&kw=KARAKURI&ie=s&by=js&type=global

    • belalang_kontot on 28/08/2010 at 6:01 AM
    • Reply

    tq bawang 4 da info…
    ha?baii tolak mazda mpv die tukar premacy?
    bukan premacy lagi kecik dari mpv ke?
    ke baii majuk sbb abg J suh die g tukar cermin belakang die yg kua kilang mmg da gelap tu….

  7. saudara bawang

    bila mana kita membuat comparison dari mana sumber haruslah ada justifikasi tersendiri maksudnya tidak bias.. gua tidakla menyokong mana2 pembuat kereta tp en bawang boleh tak tunjuk tang link mana ckp toyota laku dari honda dalam the star? comparison dari segi apa? bila ada sumber dipercayai senang nnt kut lah kita di test dgn ilmu jual beli kereta kita boleh tunjuk sumber rujukan tu tanpa rasa tak kondifen.. mcm mak uia/bai/mat pon buat..hehe dengan itu kami pun dpt sama ilmu manfaat .. ditakuti nanti ada misleading info . sekian -gua bdk belum belajar-

    • bawang on 29/08/2010 at 2:14 AM
    • Reply

    salam en.sepat..saya pon sama..budak baru belajar,cuma nk berkongsi info sahaja:-)maaf kalau ada tersalah kata,
    bukan saya bermaksud laku untuk model tersebut…cuma saya tengok resale value antara 2 model…contoh saya ambil dalam mudah.my..bagi model camry dan accord 2.4 tahun 2006

    http://www.mudah.my/li?ca=8_s&th=1&q=accord+2.4+2006&cg=1020&w=1&st=a&ps=&pe=&rs=&re=

    http://www.mudah.my/li?ca=8_s&th=1&q=camry+2.4+2006&cg=1020&w=1&st=a&ps=&pe=&rs=&re=

    t.q

    • gt-apex on 07/09/2010 at 1:15 AM
    • Reply

    aku ingat lagi mase bapak aku beli mazda 323 familia taun 80an
    dulu. tu kire mazda 3 jugak ape masa era tu kire best jugak ape
    style la jugak….pada zaman tu la…

Leave a Reply to MatponCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.