Pandu Uji Pertama Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Keluaran Nissan Buat Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR (25 April 2012): Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berbesar hati menjemput khalayak ramai untuk memandu kenderaan elektrik sepenuhnya serta sifar-emisi keluaran Nissan yang pertama dihasilkan secara massa di dunia. Aktiviti pandu uji tersebut akan diadakan di bilik pameran ETCM yang bertempat di Jalan Kemajuan, Petaling Jaya, Selangor pada 5 & 6 Mei 2012. Para hadirin akan berpeluang memandu sendiri kenderaan yang paling diperkatakan dalam industri, selain meneroka teknologi dan inovasi baharu.

“Di Nissan, kami melabur dalam portfolio teknologi hijau yang meliputi kenderaan sifar-emisi yang amat dinanti-nantikan. Dengan emisi karbon dioksida sifar dan tanpa sebarang partikel, kereta elektrik kami akan menjadi model paling mesra alam yang pernah dikeluarkan secara massa di dunia. Kereta ini juga selamat, seronok untuk dipandu, dijuruterakan dengan baik dan menarik. Kami amat teruja untuk menjemput orang ramai memandu kereta ini kerana kami tahu mereka akan kagum dengannya,” jelas Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

Nissan diiktiraf bagi pendekatan mobiliti mapan yang terus-menerus menawarkan model-model menjimatkan bahan api yang mendahului kelasnya dan disokong oleh teknologi-teknologi hijau termaju. Datanglah dan menjadi antara pemandu yang pertama untuk pandu uji kenderaan 100% elektrik ini! Majlis “Journey to Zero Emission” akan bermula pada pukul 9:30 pagi hingga 6:00 petang.

Silakan kongsi:

1 comment

    • exJAVANESE aka AnHua on 28/04/2012 at 4:09 PM
    • Reply

    mcam best je!!

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.