Pandu Uji: Perodua Myvi Lagi Best!

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) adalah pengeluar kereta yang sempoi. Tidak perlu banyak model dalam bilik pameran. Tiga model cukup. Perodua Viva, Myvi dan Alza. Semua model itu boleh dijual dalam volum yang tinggi setiap bulan tanpa perlu terlalu banyak iklan atau promosi.

Tanpa dipaksa, orang ramai akan datang ke bilik pameran, pandu uji lima minit kemudian berbincang dengan jurujual bagaimana hendak buat pinjaman bank. Kali ini, perbincangan mungkin lama sedikit. Apatah lagi, selepas Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) mula dilaksanakan.

Akta baru itu disifatkan oleh banyak pemain industri sebagai mengelirukan dan merumitkan keadaan. Baguslah jika tujuannya hendak melindungi pengguna daripada ditipu oleh jurujual yang tidak amanah. Masalahnya, jika akta tersebut menyebabkan bakal pembeli terpaksa pergi berkali-kali ke bank dan pengeluar bimbang berlakunya pembatalan saat akhir, nampaknya tiada siapa yang akan terbela.

Proses yang sebelum ini pantas dan mudah berubah menjadi satu aktiviti jual beli yang rumit serta menyusahkan. Biarpun begitu, ia tidak banyak menjejaskan minat pengguna terhadap model terbaru Perodua, Myvi.

Sebagaimana yang dijangka, model terbaru keluaran Perodua itu tidak perlu menunggu lama untuk laris macam pisang goreng panas. Tidak sampai dua bulan, tempahan yang diterima Perodua sudah melebihi 17,000 unit. Malah, penghantaran pertamanya kepada pelanggan-pelanggan terawal sudah bermula sejak beberapa minggu lalu.

Kenapa Myvi begitu laku? Selain reka bentuk, teknologi dan harga, situasi itu sebenarnya banyak disumbang oleh model-model Perodua sebelum ini yang jarang sekali membuatkan pemiliknya pening kepala.

Malah, ada kawan saya yang berjenaka bahawa Perodua Kelisa yang dipandunya kalis rosak. Memang betul pun. Selagi minyak hitamnya ditukar dan tidak pandu seperti sebuah trak pikap, kereta itu boleh bertahan lama tanpa sebarang masalah.

Pandu uji Myvi membawa saya ke Singapura yang bermula dari hotel Pan Pacific di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Pandu uji itu sejauh 360 kilometer meliputi jalan kampung dan lebuh raya menuju ke wilayah selatan tanah air.

Myvi ialah sebuah kereta bandar dan sifat itu tidak mungkin akan berubah. Maksudnya, semua elemen yang ada membuatkan Myvi memang sempurna bagi kegunaan di bandar. Ia memberikan anda senyuman ketika melalui perjalanan yang singkat. Senyuman itu bagaimanapun mungkin boleh bertukar kelat jika terpaksa menempuh jarak jauh. Misalnya kalau balik kampung seperti ke Kota Bahru, Kelantan. Mendengar maklum balas yang diterima daripada pengguna Myvi sebelum ini, Perodua memasang model terbaru itu dengan set suspensi sedikit keras.

Ketika berada di atas lebuh raya Utara Selatan yang beralun-alun itu, olengan tubuhnya agak terasa. Masih boleh dimaafkan. Suspensi keras itu bagaimanapun benar-benar berguna apabila melayan selekoh di laluan lama menuju ke Johor Bahru. Myvi terasa meyakinkan dan karekter pengendaliannya boleh dipuji. Pendek kata, jauh lebih baik dan rasa lebih solid berbanding Myvi lama.

Prestasi dan tahap penggunaan bahan api yang ditawarkan oleh enjin itu bagus. Masih boleh memecut melebihi had yang dibenarkan tanpa banyak kerenah. Berada di lebuh raya, kelajuan maksimum yang diperoleh ialah 160 kilometer sejam (km/j). Sebaik sahaja jarum mencecah takat itu, secara automatik Myvi akan perlahan walaupun pedal minyak ditekan hingga ke lantai. Jarum rpm juga turun daripada 5,000 hingga ke 3,000 rpm sahaja.

Tidak cukup laju? Memang Myvi tidak dicipta untuk menjadi kereta lumba. Ia direka untuk pemanduan yang santai sambil berangan di atas jalan raya. Kalau hendak laju, beli sahaja Honda Type R atau Mazda3 MPS.

Selain penampilan luaran, Myvi menerima penambahbaikan ketara pada bahagian kokpitnya. Hilang sudah butang-butang kawalan audio bersaiz gergasi itu. Ia diganti dengan unit audio bersama susunan butang kawalan yang lebih kemas.

Jika itu kurang memuaskan hati anda, pilih varian Elegance yang hadir bersama sistem multimedia dengan navigasi. Paparan dan panel skrin sentuh bersaiz enam inci itu mesra pengguna. Pemandu tidak memerlukan masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri dan memanfaat semua ciri yang ditawarkannya. Menyokong format, UBD, kad SD, DVD, Bluetooth, MP3/WMA, GPS dan mode FM/AM, corak hiburan anda di dalam sebuah Myvi pastinya berbeza.

Bukan sekadar sistem multimedia, varian Elegance juga dipasang dengan aksesori lain termasuklah skirting di sekeliling kereta, spoiler dan tempat duduk yang disalut dengan kulit.

Untuk semua penambahbaikan itu, harga Myvi cukup berpatutan. Harganya bermula daripada RM43,900 hingga RM50,800 seunit bergantung kepada varian. Dari segi warna pula, anda boleh memilih antara warna putih, hitam, perak, kelabu dan ungu. Myvi hadir bersama jaminan tiga tahun dan perbatuan sejauh 100,000km daripada pengilang. Di samping jaminan lanjutan selama dua tahun serta perbatuan 50,000km.

Spesifikasi Perodua Myvi 1.3L

Enjin: DOHC, 16 injap dengan DVVT

Kuasa maksimum: 67kW @ 6,000rpm

Tork maksimum: 117Nm @ 4,400rpm

Suspensi hadapan: topang MacPherson

Suspensi belakang: torsion beam

Sistem keselamatan: dua beg udara SRS, ABS dengan EBD dan BA, ISOFIX

Kapasiti tangki: 40 liter

-Syuk-

Kredit: Garaj Kosmo

 

Silakan kongsi:

28 comments

Skip to comment form

    • encikpadil on 12/10/2011 at 12:35 AM
    • Reply

    macam copy paste je artikel ni? lempang kang…

    • Tuan Tanah on 12/10/2011 at 1:47 AM
    • Reply

    Artikel surat kabor ni….

    • azwan nbs on 12/10/2011 at 1:52 AM
    • Reply

    patot pelik je bile bace…tapi memang gempak…

    • Abang Kasim on 12/10/2011 at 8:14 AM
    • Reply

    kalau dpt review myvi 1.5 lg best ni

    • pok mat on 12/10/2011 at 8:17 AM
    • Reply

    cantik, sebab latar belakang rumah kampung.

    • megatputrakuning on 12/10/2011 at 8:54 AM
    • Reply

    myvi ni zaman tok kaduk lg dh kua bru nak preview?aku rase dh ada previewnyer dlm mag KERETA.skrg ni 1.5 lah jo…itulah,ms preview dlm mag KERETA tu ckp xder yg 1.5nyer…kan dh meroyan…ni apsal skema gile artikel ni….?

    • pelug on 12/10/2011 at 9:06 AM
    • Reply

    myvi laku macam pisang goreng!!!

    • Alteja on 12/10/2011 at 9:07 AM
    • Reply

    Takpe… dia org yang sama tulis kat paper. Aku rasa macam nak carik balik Kelisa yg aku dah jual 3 tahun lepas.

  1. Skrg dah Myvi Extreme 1.5 der…lapuk dah 1.3 ni

    • megatputrakuning on 12/10/2011 at 9:09 AM
    • Reply

    kalah pisang goreng jo…aku dh bwk mbr akunye…mmg ringan..ats highway pantai timur menuju ke k.l, sng2 pegi 160km/h….cume time selekoh la beralun skit…je…xnk beralun pki adjustable lah…ye dok???bile nk preview xtreme lak….jgn ketinggalan woi…hehehehe

    • megatputrakuning on 12/10/2011 at 9:41 AM
    • Reply

    alteja:ko carik blik kelisa tu……hahahahakk

    • jabroni on 12/10/2011 at 11:05 AM
    • Reply

    masa RND dulu ada Perodua wat 1.5 Extreme supercharge dgn BBS sport rim 17″. Nk lwn dgn Honda Fit Mugen. Malangnya x lepas dgn JPJ… power x padan dgn body… ada lg kereta 2 kt RND….

    • Alteja on 12/10/2011 at 11:22 AM
    • Reply

    megatputrakuning
    Hanya mimpi kot sebab Kelisa aku tu dibeli oleh Taiko Cina mana ntah yg suka jugak dgn plat no. dia 8020 (BOZO)

    • yuri on 12/10/2011 at 8:30 PM
    • Reply

    mahal…

    • megatputrakuning on 13/10/2011 at 8:16 AM
    • Reply

    goku tiruan.
    xtau la,tp aku pasti dlm mag KERETA,isu aku dh x igt….ayt dlm artikel tu sape ckp myvi kua 1.5?xdernyer lah…lbih kurang cmni kot ayt artikel tu…

    alteja.
    ko beli je myvi 1.5 ke apa ke ltk blik BOZO tu…

    jabroni.
    sygnyer lah kalo ape ko kate tu btul…meleleh air liur aku baca info ko ni ha….xpe still boleh convert lg….

    • megatputrakuning on 13/10/2011 at 8:25 AM
    • Reply

    mslh budak jpj ni lak yg herannyer,time kuar satria r3 1st model yg 150 unit tu,enjin 1.8,kiranyer kereta utk lju tp xder ABS,bleh plak lps..cmne tu…alasan budak proton,kite buat kereta tu utk bg pemandu pengalaman resing…dh tu evo,GTR,impreza nape ada ABS?jwb budak proton ni lg,kite dh improve n drill discbrake tu supaya mantap bile time brake walaupun xder ABS..abis tu ferarri drill jgk still ada ABS…jwb budak proton + bengang,itu ferrari,bkn proton..hahahaha.kejadian ni taun 05/06…d terengganu…jpj tlg jwb skit…hehehehe…

    • jabroni on 13/10/2011 at 9:00 AM
    • Reply

    megatputrakuning: kereta 2 mmg ada lg kt Perodua…

    • megatputrakuning on 13/10/2011 at 9:38 AM
    • Reply

    pehhh….meleleh dh air liur……

    • megatputrakuning on 13/10/2011 at 9:44 AM
    • Reply

    kasi tau itu perodua…kasi jual sajalah….jpj tu xjdik kudis pon….alahai…kasi kua je lah…jual rm67k ke…janji best…alahai….mhl2 myvi org beli gak.mhl2 myvi 5 thun pgang market.mhl2 myvi ada theme song lgi…sampai ank aku pun suke…mcm upin ipin….peace no war…

    • jabroni on 13/10/2011 at 11:10 AM
    • Reply

    kete 2 dh di kira dormant project tp masih jd bhn study utk masa depan… skrg diorang tgh prepare utk next project, still dlm peringkat eng. design – ViVa replacement model…. tungguuu

    • Alteja on 13/10/2011 at 2:39 PM
    • Reply

    Replacement model jugak ke? Kenapa tak alternative model utk sekarang ni. Model sekarang ni, panggil town use, model tu pulak panggil la apa patut. Racing spirit ke, Rempit ke, apa ke… tapi, sapa kita nak suruh dia keluarkan??? adoiii sabar je la…

  2. Cepat la wei test drive Extreme 1.5.Gua sikit terguris bila jabroni cakap Extreme supercharge tidak direstui JPJ.Padan tak padan,driver yang decide.Keter tak power kalau bawak macam syial pun sama jugak padahnya.
    Sebelum Myvi keluar 1st model dulu,gua interview utk jadi tester Perodua.Tapi tak dapat,experience takde.Skang gua nak mintak semula.

    • megatputrakuning on 14/10/2011 at 2:14 PM
    • Reply

    pak misai aku pun nak join gak.tester tu…jom…

    • haha on 17/10/2011 at 8:23 AM
    • Reply

    jabroni, mana ada lah supercharge bagai. aku baru je pergi tmpt rnd perodua jumaat haritu. member aku kerja sana. tak ada pun. jgn lah nama jabroni, kerja nk jobron org je. hehe. proton ada prototype satria neo supercharge, perodua pun nak. tp benda ni bukannya perodua yg cakap, fanatik fan dia aja yg kompang lebih. haha

    • jabroni on 17/10/2011 at 8:33 AM
    • Reply

    ada laa… kereta 2 di simpan kt rnd building perodua, bilik rahsia tingkat ataaaasss sekali. kalu nk sampai sana kena naik lif dan di iringi staff, kebiasaannya engineer je boleh masuk. gua x tipu punye…

    • jabroni on 17/10/2011 at 8:40 AM
    • Reply

    …lorong yg sama dgn office Jepun2 Daihatsu…

  3. jgn tipu…tak baik …berdosa

  4. dah boring main myvi.. skrg layan mira aje lah kehkehkeh

Leave a Reply to Pak MisaiCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.