Proton Mobile Team Pasang Tali Pinggang Keledar Percuma
Selari dengan tagline “Komited Untuk Menjadi Lebih Baik”, Proton Holdings Berhad melalui Mobile Team akan melakukan penjelajahan pemasangan tali pinggang keledar bahagian tengah tempat duduk belakang secara percuma sebagai menyahut undang-undang yang mewajibkan kenderaan memasang peralatan tersebut menjelang 1 Januari 2012.
Pemasangan tali pinggang tersebut adalah percuma untuk pemilik Saga LMST dan Gen.2 yang diproduksi di antara 2004 dan 2008 dan proses tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit untuk setiap kenderaan.
Sempena dengan kempen selama sebulan tersebut, Proton Mobile Team bakal berada di kedai kenderaan terpakai terpilih di Lembah Kelang dan beberapa lokasi lain seperti kem askar dan balai polis seluruh negara, pejabat kerajaan serta universiti awam. Setakat ini, Mobile Team yang terdiri daripada lapan pasukan dengan empat staf telah memasang peralatan tersebut pada lebih 700 kereta sejak ianya dilancarkan pada 5 Disember 2011.
Kajian global menunjukkan yang tali pinggang tengah mengurangkan risiko kecederaan kepala (47%) dan abdominal (52%) semasa kemalangan secara berdepan. Di dalam pelbagai sudut kemalangan pula, tali pinggang tersebut 32% lebih efektif dalam mengurangkan risiko berbanding pengguna yang tidak mengikatnya. Secara keseluruhannya, tali pinggang tengah dapat mengelakkan penumpang daripada tercampak keluar dan menghimpit penumpang hadapan.
Untuk informasi lanjut, pelanggan boleh menghubungi Proton i.Care di talian 1-300-880-888 atau emel i.care@proton.com
Popularity: 19% [?]












Komen Lu Orang