F1: MERCEDES GP PETRONAS F1 TEAM!

744802_1354309_4992_3328_091116_gross

360 darjah kontra dengan apa yang dilaporkan sebelum ini, Petronas kembali ke F1 dengan pasukan yang mungkin tidak terlintas di fikiran kebanyakan dari kita. Pasukan Brawn GP yang baru-baru ini dikenali sebagai Mercedes Grand Prix pada Isnin menandatangani perjanjian jangka panjang dengan Petronas untuk menjadi penaja nama pasukan tersebut seterusnya mewujudkan nama baharu iaitu Mercedes GP Petronas F1 Team.

Perjanjian tersebut juga turut merangkumi kerjasama lain yang mungkin wujud antara dua syarikat ini.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Suspen: Stig Pandu Kereta Rali! Matpon goyang?

800px-Stig_Blomqvist_-_2007_Race_of_Champions_2

Matpon dengan helmet putih pinjam dan EX5 Veyronnya mesti panas je dengar ni. Stig yang asli iaitu Encik Stig Blomqvist akan memandu kereta lagenda Audi Sport Quattro di Live Action Arena sempena Autosport International yang bakal berlangsung dari 14 – 17 Januari depan di Birmingham. Kepada Matpon, sebelum lu cakap besar kereta rali Group B terutama sekali Audi Quattro ini adalah legenda rali, kuasanya sahaja 550bhp! dan kereta kumpulan B ini diharamkan sebab kuasanya terlalu tinggi dan sangat merbahaya untuk dipandu di litar rali. Bayangkan tahun 80an dulu dengan kuasa begitu, berdesup macam pesawat nak terbang rasanya dan disebabkan itulah beberapa jagoan rali dulu menemui ajal. Tergolek dalam gaung dan terus rest in peace.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: Petronas undur musim 2010!

Petronas mengikut sumber The Star tidak akan terlibat dalam F1 musim 2010 umum pengerusinya Tan Sri Mohd Hassan Marican pada Selasa lepas. “Tahun depan, kita tidak mempunyai pasukan dan satu sebab tunggal untuk kita kembali ke F1 adalah dengan melalui urusan bisnes, untuk bisnes minyak pelincir” katanya.

Selain dari itu, Petronas kini menguasai 2 peratus minyak pelincir global dan pembekal OEM kepada kumpulan Fiat.

-Mak Uia-

___________________________________________

Matpon: Ini artikel terakhir dari Mak Uia, sampai hari Ahad tak ada entri baru, gua nak buat kerja penyelenggaraan.

Babai. Selamat Tahun Baru Hijrah!

Silakan kongsi:

Kerja Kosong kat Proton!

Ini lah masanya kalau siapa-siapa yang rasa nak berkhidmat untuk negara tapi malas jadi askar bolehlah kerja Proton. Masa inilah nak cakap serupa bikin, bila dah masuk dalam Proton lu orang buatlah yang terbaik. Gua tengok dari tepi je, kalau lu orang dapat kerja jangan lupa jadi spy GT, jangan lupa daratan, jumpa orang kampung jangan lupa tegur.

Jawatan kat Proton ni semua taraf tinggi, gua bukan tak nak mohon tapi Veyron gua mana nak simpan, kang orang syak gua buat kerja salah.

Agak-agak kalau bran, klik: Gua nak kerja Proton, gua nak buat kereta Proton! Gua sayang Matpon!

Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Video: Alister McRae Main kat Sepang!

httpv://www.youtube.com/watch?v=tnfFzA0J_4k

Apa macam Mak Uia, lu sayang gua tak? Gua tak setel lagi apa kes gambar Ford S-MAX tak keluar. Gua ambil video ni kat blog pesaing GT. Alister McRae main kat Sepang ni. Gua tau Mak Uia dan sekutu lain semua kutu rali kan. Gua dengar bulan depan baru jadi lu orang punya taxi ride dengan GSR.

Gua tengah tengok Pastrana ni main wheelie-wheelie kat TV8 sedap juga.

Babai

-Matpon-

Silakan kongsi:

Video: Kia Forte Koup!

httpv://www.youtube.com/watch?v=dilz4S7D7Fw

Gua tak tau apa kes gambar Ford S-MAX bawah tak nak kuar, merajuk dengan gua ke apa? Lu orang layanlah dulu video ni. Apa Mat Saleh tu cakap pun gua tak tau. Tapi yang gua tau kereta ni kacak juga. Macam Putra dah gua tengok

Besok gua post video lagi best, Mak Uia tengok mesti belanja gua karipap inti sardin punya ni.

Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Video: Honda CRZ!

httpv://www.youtube.com/watch?v=j9fLWInx5uM

Saya dah tengok brochure rasmi Honda CRZ ni, model produksi memang lebih kurang sama dengan video di atas. Memandangkan ada isu hakcipta saya tak boleh nak siarkan lagi bahkan model ini belum dilancarkan secara rasmi pun lagi.

Yang saya boleh kongsi adalah kereta ini bersesaran 1.5 cc i-Vtec dengan IMA dan mempunyai 3 mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport. Enjin dia ni sama macam Jazz Sepat, sekutu rapat Matpon tetapi yang ini ada motor elektriklah.

Rekabentuknya ibarat jelmaan CR-X tetapi jauh lebih mesra alam. Disebabkan CRZ ini adalah jenis Hybrid cuba teka berapa liter minyak dia guna?

1 liter boleh pergi 22.5km. Tak taulah kalau saya salah tengok ke. Telefon Baii semalam dia tak angkat pula, mungkin tengah tala RXZ Mat Kacau.

Untuk gambar klik sini dan lebih maklumat klik sini.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

F1: Trulli, Kovalainen, Fairuz Pemandu Lotus F1 Racing!

Menteri Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sebentar tadi mengumumkan bekas pemandu Toyota, Jarno Trulli dan bekas pemandu McLaren Merc, Heikki Kovalainen sebagai pemandu Lotus F1 Racing. Pemandu negara, Fairuz Fauzy pula sebagai pemandu ketiga.

“Experience is the most important thing for us, because it’s a value you can’t buy,” kata Datuk Seri Tony Fernandes mengikut sumber 422race.com.

-Mak Uia-

Silakan kongsi: