Nissan Teana: Sedan Mewah

Nissan Teana 2010.07

Sedan mewah, Nissan Teana serba baru yang dilancarkan baru-baru ini menandakan bahawa Nissan telah kembali bersaing dalam segmen sedan eksekutif. Aspek utama model ini adalah berkonsepkan sebuah sedan yang dinamik dan berkuasa, di samping gaya mewah moden, keselesaan pemanduan yang menakjubkan serta ciri-ciri lain yang tidak dilupakan.

Nissan Teana 2010.17

Sejak pelancarannya di peringkat global, Nissan Teana serba baru telah menerima maklum balas yang amat memberangsangkan di pasaran dunia. Daya tarikan Teana yang mewah telah berjaya menarik minat ramai pelanggan. Ia kini menjadi kenderaan paling laris dalam kelasnya di China. Sarat dengan ciri keselamatan aktif dan pasif, Nissan Teana serba baru telah dianugerahkan penarafan enam bintang dalam aspek keselamatan oleh Program Penilaian Kereta Baru Jepun (Japan New Car Assessment Program, JNCAP).

Nissan Teana 2010.08

Nissan Teana serba baru dikuasakan oleh enjin 2.5L VQ25DE V6 Nissan yang telah memenangi anugerah dan enjin aluminium sepenuhnya yang ditambah baik iaitu enjin 2.0L MR20DE. Enjin-enjin ini dipadankan dengan kotak gear Xtronic CVT (Continuously Variable Transmission) Nissan dan Adaptive Shift Control (ASC). Gabungan kedua-dua teknologi ini menawarkan pecutan yang responsif dan penjimatan bahan api yang menerajui kelasnya. Pada masa yang sama membolehkan penumpang menikmati pemanduan yang selesa tanpa berlaku sebarang senggukan pada semua tahap kelajuan kenderaan.

Sumber: Teks & foto rasmi ETCM

-Mak Uia-

Muhammad

5 Comments

  1. Kete ni mmg smart,executive & exclusive…satu je yg gua tak bape suke interior NISSAN ni, majoriti kaler tan…cepat kotor

Kata Anda//