Nissan Teana NISMO Performance Package Diperkenalkan – Pelancaran Pertama di Dunia!

nissan-teana-nismo-performance-package-2016-05

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan pameran perdana model Nissan Teana NISMO Performance Package baharu. Jentera tersebut diperkenalkan oleh pemandu pasukan perlumbaan NISMO, Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli dalam satu majlis prebiu media di Pusat 4S ETCM Glenmarie.

Nissan Teana NISMO Performance Package menampilkan pelbagai aksesori yang direka khusus untuk para pembeli Teana yang bijak menilai di Malaysia. Tempahan akan diterima mulai 18 Disember 2016 dengan penghantaran rasmi dijadual pada Januari 2017.

Ketika memperkenalkan model baharu itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, “Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemandu pasukan perlumbaan NISMO kami, Matsuda-san dan Ronnie kerana sudi hadir ke majlis pada hari ini. Nissan Teana NISMO Performance Package ialah sebuah kereta yang mencabar status quo, serta menjadi pencetus revolusi segmen yang menawarkan sofistikasi sebuah Teana dan gaya sporty NISMO.”

nissan-teana-nismo-performance-package-2016-06

NISMO merupakan salah satu jenama sukan bermotor yang terkenal di dunia. Ia menawarkan teknologi sukan bermotor termaju, keupayaan prestasi dinamik dan reka bentuk sporty yang tersendiri. Dengan teknologi inovatif dan ciri-cirinya yang berprestasi tinggi, ia mampu memenuhi kehendak audien yang luas untuk kegunaan di atas jalan.

Naik taraf Nissan Teana NISMO Performance Package hadir dalam dua pakej iaitu NISMO Performance Package dan NISMO Aero Package. Ia ditawarkan kepada semua varian Nissan Teana yang hadir dalam lima warna – biru (Storm Blue), putih (Brilliant White), hitam (Diamond Black), perak (Tungsten Silver) dan emas (Bronze Gold).

Diinspirasikan oleh kepakaran sukan bermotor NISMO, Nissan Teana NISMO Performance Package dihasil berdasarkan kepada standard NISMO yang ketat. Ia dilengkapi Spoiler Bampar Hadapan untuk penampilan yang lebih garang. Jentera itu juga dipertingkatkan dengan Spoiler Bampar Belakang, Skirt Sisi dan Trunk Lid Spoiler. Sekali gus memberikan sedan utama Nissan itu profail yang bergaya bersama perincian yang menjelaskan lagi sofistifikasinya.

nissan-teana-nismo-performance-package-2016-04

Konsep rekaan NISMO diserlahkan lagi dengan Rim Aloi NISMO LMX6 bersaiz 18 inci berwarna hitam berkilat dan kemasan krom yang dibalut dengan tayar MICHELIN Pilot Sport 4. Kombinasi itu ditambah dengan NISMO Sport Springs yang direndahkan sebanyak 30mm untuk memberikan cengkaman lebih baik dan Kemasan Ekzos Sports NISMO yang menyempurnakan lagi tarikan estetik bersama sentuhan elegan.

Menurut Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli, “Memandu Nissan Teana NISMO Performance Package benar-benar membawakan ‘NISMO-ness’. Ini kerana ia menampilkan aksesori-aksesori seperti aerokit yang direka untuk mengurangkan masalah seretan dan terangkat, hasil daripada aspek aerodinamik yang telah ditambah baik dan pegas gegelung yang meningkatkan cengkamannya.”

Nissan Teana ialah sedan bersaiz besar global buat Nissan. Ia diterima baik oleh pengguna kerana prestasi, kemewahan, kualiti premium dan keselamatan yang mendahului kelasnya. Baru-baru ini, Nissan Teana dianugerahkan Best Overall Car dalam acara ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2016 dengan penarafan lima bintang untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan penarafan lima bintang untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP).

nissan-teana-nismo-performance-package-2016-10

Teana 2.5XV menawarkan kuasa maksimum 173hp dengan tork 234Nm. Manakala varian 2.0XL dan 2.0XE mampu menjana kuasa 136hp dan tork 190Nm. Ia dilengkapi enam beg udara SRS dan sistem Electronic Stability Control Nissan, dikenali sebagai VDC (Vehicle Dynamic Control), TCS (Traction Control System) dan AUC (Active Understeer Control).

Nissan Teana NISMO Performance Packages dipasang di kilang, mematuhi Standard Kualiti Global Nissan dan hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Galeri Gambar Pelancaran Nissan Teana NISMO Performance Package

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.