NISSAN SYLPHY DAN LIVINA X-GEAR SERBA BAHARU TALAAN IMPUL

SEPANG (10 Jun 2012) – Sempena acara Autobacs Super GT Series 2012 (Pusingan 3) yang bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 10 Jun 2012, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan melancarkan dua varian sporty Nissan Talaan IMPUL yang menarik. Impul merupakan syarikat talaan Nissan yang terkenal berasal dari Jepun.

Dua varian itu ialah Nissan Livina X-Gear Talaan IMPUL dan Nissan Sylphy Talaan IMPUL yang menampilkan aksesori-aksesori eksklusif serta dihasilkan khas untuk model-model Nissan popular tersebut.

“Kami amat teruja untuk menawarkan varian-varian Nissan Livina X-Gear dan Nissan Sylphy yang lebih sporty ini kepada peminat. Ia telah ditala dan dibangunkan khas oleh rakan perniagaan ETCM, iaitu IMPUL dari Jepun. Varian-varian ini khusus untuk mereka yang ingin memandu kenderaan lebih sporty dan eksklusif,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

Tambah Dato’ Dr. Ang Lagi, sejak IMPUL diperkenalkan di Malaysia empat tahun lalu, varian-varian yang ditala oleh IMPUL cukup popular dan telah menyumbang kira-kira 10% daripada jualan setiap model. Beliau turut memberi jaminan bahawa aksesori-aksesori tersebut adalah berkualiti tinggi dan dipasang secara profesional oleh kakitangan berpengalaman.

NISSAN LIVINA X-GEAR TALAAN IMPUL

Peredam Ekzos IMPUL Blast 2 – Peredam ekzos yang diperbuat daripada besi tahan karat dengan kemasan berkilat dan logo IMPUL ditempa pada hujung paip ekzos. Selain daripada meningkatkan penampilan kenderaan, peredam ini turut menawarkan maklum balas enjin lebih baik dan bunyi lebih sporty.

Rim Aloi IMPUL Aura SX-20 – Dengan kemasan berwarna hitam berkilat, rim bersaiz 17 inci ini memberikan sentuhan sporty dan mewah kepada kenderaan. Proses tuang Super Cast yang digunakan oleh IMPUL membuatkan rim 20% hingga 30% lebih ringan berbanding proses tuang konvensional. Ini meningkatkan prestasi kereta tanpa menjejaskan kualiti, kekukuhan dan lebih penting lagi, keselamatan.

Sistem Suspensi IMPUL Sports – Terdiri daripada penyerap hentak dan pegas gegelung, sistem suspensi sports ini telah ditala khas oleh para jurutera IMPUL demi memberikan pengendalian lebih sporty. Ketinggian pemanduan telah dikurangkan dengan cara meningkatkan sokongan daya sisi apabila mengambil selekoh. Ia juga mampu menambah ciri-ciri membelok secara semula jadi yang ada pada Nissan Livina X-Gear. Keselesaan pemanduan dikekalkan bagi memastikan perjalanan jauh yang lebih menyeronokkan.

Aerokit Lengkap Wing Spoiler Belakang IMPUL – Wing spoiler yang menjadi tanda IMPUL memastikan laluan angin dioptimumkan ketika melalui bebayang bentuk (silhouette) maskulin kenderaan.

NISSAN SYLPHY TALAAN IMPUL

Peredam Ekzos IMPUL Blast 2 – Peredam ekzos yang diperbuat daripada besi tahan karat dengan kemasan berkilat dan logo IMPUL ditempa pada hujung paip ekzos meningkatkan penampilan bahagian belakang Nissan Sylphy.

Rim Aloi IMPUL Aura SX-10 –Rim bersaiz 17 inci yang memiliki kemasan berwarna hitam berkilat pada permukaannya menambah imej mewah kepada Nissan Sylphy. Menggunakan proses tuang Super Cast IMPUL yang baru, rim itu 30% lebih ringan berbanding penggunaan proses tuang konvensional. Pengurangan berat bermakna prestasi dapat dipertingkatkan dan memberi manfaat kepada aspek penjimatan bahan api.

Sistem Suspensi IMPUL Sports – Para jurutera IMPUL melakukan ujian dan pembangunan ekstensif untuk menghasilkan satu setting penyerap hentak serta pegas gegelung yang lebih baik. Ia akan memberikan pemanduan yang selesa, selamat dan lincah.

Aerokit Lengkap IMPUL – Perbezaan utama berbanding model terdahulu ialah aerokit rekaan yang serba baru. Aerokit ini memberikan Nissan Sylphy penampilan yang baik menerusi gril hadapan, spoiler bampar hadapan dan belakang, skirt sisi serta wing spoiler pada bahagian but yang merupakan simbol kepada IMPUL.

Nissan LivinaX-Gear Talaan IMPUL dijual pada harga RM90,800.00 manakala harga Nissan Sylphy Talaan IMPUL ialah RM125,988.00.00 untuk 2.0XL dan RM135,988,00 untuk 2.0 XV. Harga termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan di Semenanjung Malaysia.

Semua alat ganti IMPUL hadir bersama jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (yang mana tiba dahulu, tertakluk kepada terma dan syarat) ke atas kecacatan dari kilang sekiranya ia dibeli dan dipasang oleh ETCM pada Nissan Livina X-Gear atau Nissan Sylphy baharu.

Memahami bahawa terdapat pemilik dua model sedia ada ini turut mahukan aksesori-aksesori Talaan IMPUL bagi mengukuh kereta mereka, ETCM juga menawarkan aksesori tersebut secara berasingan di bilik-bilik pameran terpilih. Maklumat mengenai stok dan pemasangan boleh diperolehi dengan menghubungi divisi IMPUL (Tel: 03-4047 8786 | E-mel: impul@tanchong.com.my).

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

    • megatputrakuning2012 on 14/06/2012 at 1:04 PM
    • Reply

    bodykit ni import jepun ke rawang???kalau setakat rawang baek pegi sham bodykits…lg bekualiti…xcaye cuba check lah betul ke kit ni dari nippon….

    • megatputrakuning on 20/06/2012 at 11:00 AM
    • Reply

    NISSAN GTR
    price 10,000,000YEN
    price MYR+,-300,000
    +cukai import+cukai msia gomen MYR300,000
    FOR SALE WITH ETCM RM977000..wahkakakaka…

    etcm:”ish mana boleh,banyak mahal maa…kasik tutun lg laa…

    after round table meeting:wokey,kasik jual RM656000….

    lawak ni gua pinjam dari pemerhati kereta2 import tegar malaysia

    • Shaiful Lizan Bin Abd. Rahman on 04/11/2012 at 8:49 PM
    • Reply

    Berapa harga Honda Crossroad on the road? tksh.

    • JAMAL 96 on 06/06/2013 at 9:07 PM
    • Reply

    Nissan GTR semua recond..

    • nilzanismo on 19/06/2013 at 2:08 PM
    • Reply

    GTR dan JUke jer takde bro…..

    • impul on 22/06/2013 at 10:43 PM
    • Reply

    minat rims jek..

    • bijanbotak on 23/06/2013 at 11:05 AM
    • Reply

    stylo juga sylphy tuuuuu……

Leave a Reply to bijanbotakCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.