Nissan Serena J IMPUL Kini Di Pasaran, MPV Ranggi Pada Harga RM 150K

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memperkenalkan varian mewah Nissan Serena 2.0L S-Hybrid yang telah dipertingkatkan secara dinamik dan lebih premium; Nissan Serena J IMPUL Baharu.

Direka oleh pakar daripada Nissan dan firma talaan IMPUL, Lip Spoiler Depan and Belakang Krom Bersalut J IMPUL pada Nissan Serena dibina khas di Jepun demi menghasilkan rekaan 3 dimensi yang tepat menerusi acuan suntikan untuk mencapai downforce sehingga 10% dan menambah baik kestabilan pada kelajuan tinggi.

Rim Aloi IMPUL Millennium bersaiz 18 inci dalam Kemasan Hitam Berkilat menaikkan lagi rekaan mewah dan aspek aerodinamik MPV ini. Sementara Kerusi Kulit Premium Sulaman Berlian menyerlahkan lagi kemewahan Jepun.

“Pengenalan Nissan Serena J IMPUL Baharu ini direka khas untuk mereka yang mahukan dan menghargai kemewahan Jepun. Manakala sistem 2.0L S-Hybrid terus menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2km/L (NEDC R101), sekali gus memberikan Nissan Serena status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Dengan pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Berkuasa Bebas Tangan, Dua Pintu di bahagian belakang, 7 port USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan ketersambungan telefon pintar dengan Apple CarPlay™, ia jelas membantu menjadikan Nissan Serena 2.0L S-Hybrid sebagai MPV Saiz Sederhana Bukan Nasional paling laris di Malaysia*,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

Nissan Serena J IMPUL hadir bersama jaminan selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had. Sementara aksesori pula didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

*(Sumber: MAA dari Mei hingga Oktober 2018)

NISSAN SERENA 2.0L S-HYBRID
J IMPUL

PREMIUM HIGHWAY STAR

PREMIUM HIGHWAY STAR HIGHWAY STAR
Warna Luaran Dua Tona

(RM)

Warna Luaran Satu Tona

HITAM Baharu

(RM)

Warna Luaran Dua Tona

 (RM)

Warna Luaran Satu Tona

HITAM Baharu

 (RM)

Warna Luaran Satu Tona

 (RM)

Semenanjung Malaysia 149,800.00 147,800.00 143,800.00 141,800.00 131,800.00
Sabah & Sarawak 152,300.00 150,300.00 146,300.00 144,300.00 134,300.00

* Dengan Cukai Jualan 10% tidak termasuk Insurans, Pendaftaran Peribadi sahaja

* Warna Luaran Dua Tona: Imperial Umber (Bumbung) dengan Cashmere Gold (Badan), Diamond Black (Bumbung) dengan Brilliant White (Badan), Diamond Black (Bumbung) dengan Tungsten Silver (Badan)

* Warna Luaran Satu Tona: Cashmere Gold, Brilliant White, Diamond Black dan Tungsten Silver

Pemilik Nissan Serena S-Hybrid (C27) yang berminat boleh menaik taraf Lip Spoiler Depan and Belakang Krom Bersalut J IMPUL pada kenderaan mereka.

Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau e-mel ke impul@tanchonggroup.com.

Nissan Serena J IMPUL baharu yang mewah ini akan membuat penampilan pada acara Karnival Pandu Uji Nissan di beberapa bilik pameran terpilih sepanjang dua hujung minggu iaitu 7 hingga 9 Disember dan 14 hingga 16 Disember 2018, bermula jam 10am hingga 8pm.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan:

Tarikh Wilayah Lokasi
7 – 8 Disember Pantai Timur AEON Kota Bharu
8 – 9 Disember Tengah ETCM Petaling Jaya
Tengah ETCM Kajang
Tengah ETCM Puchong
Utara ETCM Bayan Lepas
Utara ETCM Sg Petani
Selatan ETCM Seremban
Selatan ETCM Batu Pahat
Sabah IMAGO Mall, Kota Kinabalu
Sarawak ETCM Kuching
14 – 15 Disember Pantai Timur ETCM Kuala Terengganu
Sarawak ETCM Bintulu
15 – 16 Disember Tengah ETCM Glenmarie
Tengah ETCM Mahkota Cheras
Tengah ETCM Jalan Raja Laut
Utara ETCM Butterworth
Utara ETCM Ipoh
Utara ETCM Taiping
Pantai Timur ETCM Kuantan
Selatan ETCM Melaka
Selatan ETCM Johor Jaya
Sabah ETCM Sandakan

Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan:

Tarikh Lokasi
4 – 9 Disember Capital 21, Johor Bharu, Johor
6 – 9 Disember Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor
6 – 9 Disember Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang
7 – 9 Disember Kluang Mall, Kluang, Johor
13 – 16 Disember Aman Central Mall, Alor Setar, Kedah
14 – 16 Disember Vivacity Mega Mall, Kuching, Sarawak
Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.