Nissan Navara Kini Boleh Dilengkapi Aksesori Ironman 4X4 Sejurus Keluar Bilik Pameran Nissan

Nissan Navara Ironman.2016.04

Rustcare Sdn Bhd, anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) baru-baru ini telah dilantik sebagai pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4. Aksesori tersebut membolehkan pemilik meningkatkan aspek keselamatan, prestasi dan gaya kenderaan 4×4 mereka, terutama Nissan NP300 Navara serba baharu.

Pada Karnival Nissan 4WD baru-baru ini, Rustcare Sdn Bhd memperkenalkan aksesori 4×4 di Malaysia. Ia dijual oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS).

Selama lebih 27 tahun, Ironman 4×4 telah menghasilkan aksesori 4×4 yang berkualiti dan boleh dipercayai untuk pasaran antarabangsa menerusi Jacob Spring Works, pengeluar alat ganti suspensi yang berpangkalan di Melbourne. Pada tahun 1988, JSW melancarkan jenama Ironman 4×4 yang merangkumi alat ganti seperti pegas gegelung dan suspensi sebagai maklum balas kepada populariti kenderaan 4×4.

Kini, Ironman 4×4 ialah jenama aksesori 4×4 yang utama di Australia. Ia membekalkan alat ganti kepada pengguna rekreasi, kenderaan untuk perlombongan dan industri pertahanan di lebih 160 buah negara di seluruh dunia.

Terdapat tiga pakej aksesori Ironman 4X4 yang ditawarkan – Challenger, Challenger Plus dan Adventure pada harga bermula RM11,000 hingga RM22,000.

Nissan Navara Ironman.2016.03

“Pakej-pakej ini sangat menarik kerana ia dapat memenuhi semua gaya pemanduan. Dari pemanduan harian hinggalah meneroka destinasi off-road. Mendapatkan kualiti pemanduan merupakan matlamat utama reka bentuk Ironman. Aksesori ini sememangnya membuatkan prestasi dan pemanduan Navara terasa lebih baik,” kata Pengarah Rustcare Sdn Bhd., Nicholas Ling.

Menjadi syarikat automotif pertama untuk memasarkan aksesori 4×4 tegar, aksesori Ironman 4×4 dilihat mampu mendefinisikan semula dan meningkatkan penampilan Nissan NP300 Navara. Pelanggan boleh memilih pakej dengan Kit Suspensi, Bull Bar, pemijak kaki sisi (Side Steps dan rail) atau bar perlindungan menunda bahagian belakang (Rear Protection Tow Bar).

Ironman 4×4 menawarkan rangkaian kit suspensi yang bersepadu – pegas gegelung dan penyerap hentak – untuk meningkatkan keselesaan dan prestasi pemanduan Nissan Navara.

Sebagai tambahan, bull bar pula berfungsi meningkatkan perlindungan bahagian hadapan. Pemijak sisi dan rail besi Ironman 4×4 pula bukan setakat memberi perlindungan, malah memudahkan urusan keluar masuk daripada kenderaan.

Nissan Navara Ironman.2016.05

Ironman 4×4 Rear Protection Tow Bar direka untuk perlindungan dan gayaan terbaik pada bahagian belakang Nissan NP300 Navara. Pada masa yang sama, ia menjadikan poin jack yang lebih mudah, penyangkut menunda bersepadu dan memaksimumkan ruang kelegaan.

ETCM akan memberi tawaran permulaan dengan diskaun sebanyak 15% untuk tempoh terhad. Selain daripada promosi tersebut, aksesori ini boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian NP300 Navara.

Pelanggan yang membeli aksesori Ironman 4×4 layak untuk menerima jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.

RINGKASAN PAKEJ IRONMAN NISSAN NAVARA

BARANGAN

Pakej 1 Adventurer

Pakej 2 Challenger PLUS

(dengan alat pengesan mengundur)

Pakej 3 Challenger

(dengan alat pengesan mengundur)

IRONMAN COMMERCIAL DELUXE BULLBAR

Ya

Ya

Ya

IRONMAN REAR PROTECTION BAR

Ya

STEEL SIDE STEP WITH RAILS

Ya

Ya

FOAM CELL STRUTS FRONT

Ya

Ya

Ya

FOAM CELL SHOCK ABSORBER REAR

Ya

Ya

Ya

COIL SPRING NISSAN FRONT (PAIR)

Ya

Ya

Ya

COIL SPRING NISSAN NP300 REAR (PAIR)

Ya

Ya

Ya

HARGA (termasuk GST)

RM22,000

RM15,500

RM11,000

Mengenai Rustcare Sdn Bhd

Rustcare Sdn Bhd, anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) ialah pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4 di Malaysia. Ia merupakan syarikat automotif pertama yang memasarkan aksesori 4×4 tegar ini. Aksesori Ironman 4×4 diedarkan oleh Rustcare Sdn Bhd; dijual oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) & Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS). Ironman 4×4 ialah peneraju jenama 4×4, ia membekalkan aksesori 4×4 untuk pengguna rekreasi, kenderaan pengangkutan, perlombongan serta industri pertahanan di lebih 160 buah negara.

This slideshow requires JavaScript.

 

Muhammad

Kata Anda//