Nissan Navara Bakal Menyertai Rainforest Challenge 2016

nissan-navara-ironman-rfc-2016-01

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bakal bersaing dalam acara Rainforest Challenge (RFC) 2016 menerusi The Ultimate Pickup, Nissan Navara yang dilengkapi aksesori Ironman 4×4. Peserta RFC 2016 datang dari seluruh dunia termasuklah Venezuela, AS, Colombia, Australia. Selain negara-negara Eropah seperti Austria, Poland, Rusia, Bulgaria, Hungary dan Itali. Tidak terkecuali, penyertaan dari China, Vietnam, Brunei, Filipina, Thailand, Jepun, Korea, Sri Lanka, India, Singapura dan Malaysia.

Antara yang mengambil bahagian ialah pemandu Nissan Navara, Fabiana Martins dan Julieth Zanelato, generasi T3000 (mesin super Terminator) yang berasal dari Brazil selain dikenali sebagai The “Amazonia” Ladies of Steel.

Sesuai dengan gelaran wanita besi T1000 & T2000 dalam RFC, mereka merupakan pasukan wanita pertama yang datang dari Brazil dan bersaing dalam RFC 2016 Malaysia. Berbekalkan semangat, kekuatan dan ketabahan “Amazonian”, mereka nyata sudah bersedia, serta memiliki pengalaman luas dalam pertandingan 4×4.

Menurut Fabiana, “Ini merupakan peluang terbaik untuk menunjukkan bakat dan kebolehan semua pasukan wanita dalam pertandingan ekstrem sebegini. Kami akan bersaing dengan bersungguh-sungguh untuk menamatkan pertandingan. Pada masa yang sama menikmati semangat kekitaan RFC, yang sememangnya unik dan tidak sama dengan mana-mana acara 4×4 di dunia. Terkena lumpur pada muka bukan sekadar untuk berseronok, tetapi ia adalah cabaran yang sebenar.”

RFC 2016 akan diikuti oleh satu pemeriksaan teknikal dan sesi pelepasan di Dataran Merdeka menuju ke Pahang. Ia akan bermula di Kuantan untuk Peringkat Prolog Khas pada 27 November sebelum diteruskan dengan pengembaraan penuh mencabar selama sembilan hari – The Twilight Zone (TZ). TZ yang dirancang pada tahun ini, melibatkan kawasan barat laut negeri Pahang yang menghubung ke Cameron Highlands merupakan paling panjang dalam sejarah. Satu Pusat Operasi Taktikal (TAC) juga akan ditubuhkan di Briged Tenggara, Pasukan Operasi Umum, Polis Diraja Malaysia di Bukit Galing, Kuantan bagi memantau RFC yang berlangsung selama 10 hari pada tahun ini.

ironman-4x4-navara-2016-01

Kami percaya bahawa Nissan Navara yang dilengkapi aksesori Ironman 4×4 sudah sedia untuk beraksi dalam Rainforest Challenge 2016. Peringkat laluan RFC di dalam hutan sememangnya sangat mencabar. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Fabiana dan Julieth yang akan mengharung laluan sukar di dalam hutan dengan Nissan Navara. Bagi pihak ETCM, kami harap anda berjaya melalui apa jua cabaran yang mendatang,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Tan Keng Meng.

Sepanjang acara RFC 2016, ETCM akan mengetengahkan tiga unit Nissan Navara yang dilengkapi aksesori Ironman 4×4. Satu unit bersaing dalam RFC 2016. Manakala dua unit lagi bertindak sebagai kenderaan rasmi bagi menyokong operasi RFC dan pengurusan pengangkutan secara keseluruhannya.

Dengan kuasa maksimum 163PS dan tork 403Nm/2,000rpm, Nissan Navara itu dibiarkan standard dengan hanya sedikit ubah suai melibatkan peralatan penting untuk pertandingan. Antaranya ialah bull bar besi hadapan, winch elektrik, bar besi perlindungan di belakang, lampu sorot, kit bantuan, tayar untuk laluan lumpur, sistem suspensi jenis sel busa (Foam Cell) dan snorkel. Dua daripada tiga unit Nissan Navara itu ialah varian 2.5L SE dengan transmisi automatik tujuh kelajuan. Sebuah lagi ialah 2.5L SE dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.