Nissan Fuga/Infiniti M: Untuk Kerajaan Sahaja

Infiniti M.07

Nissan Fuga adalah Infiniti M, jenama dari Jepun untuk pasaran premium. Beberapa bulan lepas saya ada berborak dengan seseorang dari industri tentang Proton akan menjenamakan semula Nissan dan tengah hari semalam topik tersebut dibuka semula rentetan dari khabar angin yang kuat mengatakan Nissan Fuga akan dibekalkan untuk kegunaan kerajaan oleh Proton.

Infiniti M mempunyai beberapa varian enjin iaitu petrol, diesel dan hibrid dan model ini sememangnya direka dan dijuruterakan untuk bersaing di Eropah dengan ciri-ciri keselesaan, pengendalian dan enjin berprestasi tinggi. Kereta ini memang besar, bersaiz hampir lima meter panjang dengan karakter rekaan seni dan kraf tradisional Jepun. Walaupun badannya besar, daya seretannya [Cd] rendah iaitu 0.27 dan ini banyak dibantu oleh rekaan ‘ekor itik’ pada bonetnya.

Infiniti M.11

Berbalik kepada kerjasama Nissan dan Proton khabarnya Fuga yang bakal dibekalkan kepada kerajaan bersesaran 2.5 liter dan diimport sepenuhnya [CBU]. Di belakang tabir berita Nissan-Proton sudah berlegar sejak enam bulan lepas dan khabarnya Tan Chong Motors tiada masalah dengan projek ini memandangkan mereka tidak mengedar model Fuga atau Infiniti. Proton juga akan menawarkan kepada umum jika mendapat permintaan yang kuat. Kerjasama ini mungkin membuka jalan yang lebih besar antara Proton dengan Nissan.

Setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Proton dan jika benar, jemput naik kereta baharu pak menteri!

Sumber foto/sebahagian berita: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

17 comments

Skip to comment form

    • Joule on 04/01/2011 at 8:04 AM
    • Reply

    Impressive..

    • strokeboi on 04/01/2011 at 9:24 AM
    • Reply

    gila kentang

  1. cakap tak serupa bikin laa .. mintak maaf tapi bagi gua satu reason apasal tak guna chasis proton aje? dulu kemain seluruh media hari hari merembat satu negeri kat utara sebab tak patriotik pakai jenama toyota ..so kalau pakai Fuga cap proton ni kira menghalalkan cara ker?? kata nak support barang buatan mesia…sorry lah kalau ada sikit bau politik tapi kalau dah ludah ke langit masuk mulut sendiri … kena ingatlaa yea tak? keh keh keh

    • cb400vtec on 04/01/2011 at 9:43 AM
    • Reply

    sokong sepat!!!
    bkn sng wa nk sokong sepat…
    trigt kes toyota camry dulu..
    pki perdana suda la pak menteri…nk pki kuga ke pe ke bli sndri la..bkrja utk rkyat bkn utk diri sendiri..

    • exJAVANESE on 04/01/2011 at 11:25 AM
    • Reply

    Ngada2 plk nk pkai FUGA!! Inspira ade, pakai jela!!!
    Nk yg Hi-Class je, xsilap gua,inspira ngn perdana bkn nye jauh sgt quality die!

    • yuri on 04/01/2011 at 12:25 PM
    • Reply

    perdana replacement nih
    ptotla xde langsung RnD
    CBU rupenye
    belilah
    aku komfem power window dia rm900 hingget
    hahaha

    • yuri on 04/01/2011 at 12:29 PM
    • Reply

    btl kate sepat tu
    tp pade pendapat aku plak
    projek ni kire macam rasuah utk nissan
    supaye nissan percaye n kuat dgn kerjasama Proton-Nissan
    bile dh kuat
    blhla Proton rembat teknologi Nissan
    lg2 ciri2 enjin jimat minyak Nissan
    klo dpt teknologi tu
    n install kt our beloved next Proton
    kan ke best

    mungkin ade yg kate makan duit rakyat
    tapi gua percaye ramai orang kite yg kurang faham maksud pelaburan dari konteks bisnes
    majoriti org kite makan gaji
    tu pasal pikir mcmtu

    pendapat saye je lah…

    *gabemen komfem xnak Inspira utk wat kerete kerajaan

    • cb400vtec on 04/01/2011 at 1:10 PM
    • Reply

    bgus..bgus yuri…
    1 pndgn yg mbuka mata gua..
    cmni bru best..pndgn dr pelbagai pihak..
    brulah terbuka pemikiran gua..
    de pro n contra ssuatu perkara tu,kte kne tgok dr pelbagai sudut..

  2. sepat, lu jangan emosi sangat..macam ni lah bila dah bercampur aduk dengan politik..
    barangkali, DSZ berazam nak mencedok idea nak buat R35 versi Proton ke… boleh lu letgo myvi..kehkehkeh

  3. C27

    gua ni tak minat politik tp kalau dah cerita visi tu stick to the plan laa.. idea cedok tu bagus tp so far gua tgk rebadge aje.. cedok lom lagik hehehe.. myvi gua ttp dihati… ptui!.. kih kih kih ..

    • exJAVANESE on 04/01/2011 at 7:53 PM
    • Reply

    MakUia

    Ni Nissan Kuga ke fuga?? tula.. ni msti kes, lu taip smbil sedut air kotak teh kundur.. kehkehkeh

  4. Terima kasih bekas jawa, gua dah baiki. Tadi gua jumpa DSZ dia taknak bagitau betul ke tidak cerita ni.

    • smut_liar on 04/01/2011 at 9:52 PM
    • Reply

    mari kita pakat2 jd menteri… leh merasa keta free..

  5. Ah…poyo la menteri2 kite ni…teman sokong bebenor ape yg En Sepat katakan…cube tgk masa Ex-menteri besar perak pkai Camry heboh satu Malaysia ckp tak patriotik…so skrg nak pkai Nissan Fuga ke @ Kuga ke…ape cer?…ckp mmg tak serupa bikin…nak ngabihkan duit rakyat jer deme tau…tak sior teman nak bayor income tax dah camni..ptuii…

    • bos on 05/01/2011 at 3:39 PM
    • Reply

    ngape dorg x pkai ferarri je?alang2 nk abiskan duit rakyat.klu nk tgk sgt rakyat seme mkan pasir.org besar2 mkan sedap,api air bil bagai lg free.rumah da ats kerjaan.rakyat nk bli rumah sdri pn sakit.smpai tdo kt tpi jalan pn ade.

    • belalang_kontot on 07/01/2011 at 12:03 AM
    • Reply

    ade pro, ade con…jangan proton jadi procon sudah…hehe…

    p/s:i love my proton wira….

    • ex660 on 07/01/2011 at 12:14 AM
    • Reply

    mcm sultan pakai roll roys duit sapa ek?

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.